Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rat] | بارت

Definisi : 1. mata angin, arah tempat matahari terbenam, lwn timur: garis khatulistiwa melintang dr timur ke ~; 2. (biasanya dlm huruf besar) a) Eropah dan benua Amerika; b) (politik dunia) Eropah Barat dan Amerika; 3. Ph, Kl; orang ~ orang Kelantan; ~-~ daya mata angin antara barat dan barat daya; ~-~ laut mata angin antara barat dan barat laut; ~ daya mata angin antara barat dan selatan; ~ daya semata selatan mata angin antara barat daya dan selatan; ~ gunung berendam barat tepat; ~ laut mata angin antara barat dan utara; ~ laut semata ~ mata angin antara barat laut dan barat; ~ tepat barat benar-benar;membaratkan menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: gerakan Pan-Islam ini mula merosot terutamanya sewaktu Mustapha Kamal Ataturk menghapuskan kesultanan Turki dan ~ negaranya;kebaratan, kebarat-baratan meniru-niru (adat, cara hidup, kelakuan, dll) orang Barat, berlaku spt orang Barat: inilah yg terjadi kpd pelajar yg terlalu ~;pembaratan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: pemodenan yg berasaskan tamadun Barat; ini mengakibatkan proses urbanisasi, perindustrian, modenisasi, dan ~ ke dlm sistem budaya orang Cina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rat] | بارت

Definisi : sesat; sesat ~ sesat benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rat] | بارت

Definisi : 1 arah tempat matahari masuk: lw timur: Ke sebelah ~ negeri Pahang ialah negeri Selangor. 2 negara-negara di sebelah Eropah dan Amerika: bangsa ~ bangsa Eropah atau Amerika (spt Inggeris, Jerman dll). ~ daya arah di antara barat dgn selatan. ~ laut arah di antara barat dgn utara. membaratkan 1 menghalakan ke sebelah barat. 2 menjadikan secara Eropah atau secara Amerika. kebarat-baratan berlagak spt orang barat (Eropah atau Amerika). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barat

Puisi
 

Anak rusa lari ke barat,
     Sampai di barat makan ubi;
Sementara gila belum melarat,
     Carilah bomoh untuk mengubati.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Timur beralih ke sebelah barat.

Bermaksud :

Lelaki menurut perintah perempuan.

 

Lihat selanjutnya...(3)

509

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Dongeng Perang Tamadun Barat - Islam Ciptaan BaratHassan AhmadDewan Budaya1 December 2001
Barat dan Timur: siapakah yang jahat?Prof. Madya Dr. Idris ZakariaDewan Agama & Falsafah1 January 2003
Barat terus menjajah melalui bahasa bekas tanah jajahanTiadaPelita Bahasa1 September 2000
Barat mencorak arah aliran duniaYeap Cheng LiangDewan Masyarakat1 March 1994
Barat dan cabaran pengangguran massaIsmail HashimDewan Ekonomi1 October 1994
Barat bukan segala-galanya: puncanya adalah persaingan kebebasanAmlir AyatDewan Siswa1 February 1989
Barat ketandusan ideologiTiadaDewan Masyarakat1 August 1995
Dikir barat menyemarakkan seni budayaShaari SafieDewan Budaya1 May 2007
Cara Barat Perkembangkan Sastera Kanak-kanakA. Samad SaidDewan Sastera1 July 2002
Dikir Barat Serikan Previu Budak KelantanRaja Yusoff AriffinDewan Budaya1 December 2008
12345678910...

Kembali ke atas