Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rat] | بارت

Definisi : 1. mata angin, arah tempat matahari terbenam, lwn timur: garis khatulistiwa melintang dr timur ke ~; 2. (biasanya dlm huruf besar) a) Eropah dan benua Amerika; b) (politik dunia) Eropah Barat dan Amerika; 3. Ph, Kl; orang ~ orang Kelantan; ~-~ daya mata angin antara barat dan barat daya; ~-~ laut mata angin antara barat dan barat laut; ~ daya mata angin antara barat dan selatan; ~ daya semata selatan mata angin antara barat daya dan selatan; ~ gunung berendam barat tepat; ~ laut mata angin antara barat dan utara; ~ laut semata ~ mata angin antara barat laut dan barat; ~ tepat barat benar-benar;membaratkan menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: gerakan Pan-Islam ini mula merosot terutamanya sewaktu Mustapha Kamal Ataturk menghapuskan kesultanan Turki dan ~ negaranya;kebaratan, kebarat-baratan meniru-niru (adat, cara hidup, kelakuan, dll) orang Barat, berlaku spt orang Barat: inilah yg terjadi kpd pelajar yg terlalu ~;pembaratan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) menjadikan (sesebuah negara dsb) meresapi adat, cara hidup, kelakuan, dll orang Barat: pemodenan yg berasaskan tamadun Barat; ini mengakibatkan proses urbanisasi, perindustrian, modenisasi, dan ~ ke dlm sistem budaya orang Cina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rat] | بارت

Definisi : sesat; sesat ~ sesat benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rat] | بارت

Definisi : 1 arah tempat matahari masuk: lw timur: Ke sebelah ~ negeri Pahang ialah negeri Selangor. 2 negara-negara di sebelah Eropah dan Amerika: bangsa ~ bangsa Eropah atau Amerika (spt Inggeris, Jerman dll). ~ daya arah di antara barat dgn selatan. ~ laut arah di antara barat dgn utara. membaratkan 1 menghalakan ke sebelah barat. 2 menjadikan secara Eropah atau secara Amerika. kebarat-baratan berlagak spt orang barat (Eropah atau Amerika). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barat

Puisi
 

Anak rusa lari ke barat,
     Sampai di barat makan ubi;
Sementara gila belum melarat,
     Carilah bomoh untuk mengubati.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Timur beralih ke sebelah barat.

Bermaksud :

Lelaki menurut perintah perempuan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAHARA BARAT

Sahara Barat ialah sebuah kawasan di pesisir

barat laut benua Afrika yang terletak di antara

Maghribi, Algeria, Mauritania dengan Lautan Atlantik.

Sahara Barat pernah dikenali sebagai Gurun

Sepanyol. Kawasan ini adalah di bawah jajahan

Sepanyol pada awal tahun 1500-an dan sekali lagi

dari tahun 1860 hingga 1976. Sahara Barat

memperoleh kemerdekaan daripada Sepanyol. Sejak

itu, peperangan terus berlaku antara puak

pembebasan tempatan gurun yang dikenali sebagai

Polisario Front yang menganggap gurun tersebut

negara berasingan dan mereka menolak untuk

bersatu dengan Maghribi kerana menganggap gurun

tersebut adalah sebahagian daripada negara mereka.

UMUM 
DATARAN NULLARBOR

Dataran Nullarbor ialah penara batu kapur

kering yang terletak di Australia Barat dan barat

daya Australia Selatan. Ia merupakan kawasan

yang tidak mempunyai sungai di permukaannya.

Ia mendapat hujan purata kurang daripada 254

milimeter setahun. Hujan yang turun di atas dataran

ini lenyap dengan cepat melalui batu kapur.

UMUM 
AUSTRALIA BARAT

Australia Barat ialah negeri yang terbesar

daripada enam negeri di Australia. Ia

meliputi satu per tiga daripada bahagian barat

Australia. Tetapi, negeri ini hanya mempunyai lebih

kurang sembilan peratus daripada keseluruhan

penduduk Australia. Di kawasan pedalaman

Australia Barat, terdapat kawasan gurun dan separa

gurun yang luas.

UMUM 
PERGUNUNGAN ALLEGHENY

Pergunungan Allegheny membentuk

sebahagian sistem Pergunungan Appalachian di

Amerika Syarikat. Ia menganjur ke barat daya dari

tengah Pennsylvania melalui barat Maryland,

bahagian timur Virginia Barat, dan bahagian barat

Virginia .

UMUM 
ALBANY

Albany (pend. 13 559) ialah bandar dan pelabuhan

di barat daya Australia Barat. Ia terletak di King

George Sound, lebih kurang 400 kilometer di

selatan Perth. Untuk lokasinya, lihat Australia Barat

(peta).

UMUM 
PERPINDAHAN KE BARAT

Perpindahan ke barat membawa peneroka

Amerika merentas benua dari Lautan Atlantik

hingga ke Lautan Pasifik. Perpindahan ke barat ini

bermula pada awal tahun 1600-an dengan

petempatan orang Eropah di sepanjang pinggir

pantai Atlantik, Amerika Utara. Ia berterusan

hingga akhir tahun 1800-an. Pada waktu itu,

perbatasan di barat Amerika Syarikat telah ditakluk.

UMUM 
SAMOA BARAT

Samoa Barat ialah negara pulau yang merdeka di

Lautan Pasifik. Negara ini terletak lebih kurang 2740

kilometer di timur laut New Zealand. Samoa

Amerika, iaitu wilayah Amerika Syarikat, terletak di

timur Samoa Barat (lihat Samoa Amerika ). Samoa

Barat merupakan salah sebuah negara terkecil di

dunia, terdiri daripada dua buah pulau utama, iaitu

Upolu dan Savai’i, dan beberapa buah pulau yang

lebih kecil.

UMUM 
ORDINAN BARAT LAUT

Ordinan Barat Laut, diluluskan oleh Kongres

Amerika Syarikat pada 13 Julai 1787, merupakan

satu daripada undang-undang paling penting yang

pernah dipakai. Ordinan ini disediakan untuk

kerajaan kawasan utara Sungai Ohio dan barat

Pennsylvania di Amerika Syarikat, yang

kemudiannya dinamakan Wilayah Barat Laut. Ia

menjadi model bagi semua wilayah yang

kemudiannya menyertai Kesatuan sebagai negeri-

negeri. Ordinan ini sebahagian besarnya

merupakan usaha Jeneral Nathan Dane, Rufus King,

dan Manasseh Cutler.

UMUM 
TAKIN

Takin ialah mamalia bertelapuk yang besar yang

berkaitan rapat dengan kambing, biri-biri dan

lembu kesturi. Ia hidup di tengah, barat dan barat

daya China, di Myanmar dan di Himalaya. Ia tinggal

di hutan buluh yang tebal dan di belukar

rodondendron di cerun yang curam,

berceranggah.

UMUM 
SYARIKAT HINDIA BARAT BELANDA

Syarikat Hindia Barat Belanda ditubuhkan

oleh ahli perniagaan Belanda dan dipiagamkan

oleh kerajaan Belanda pada tahun 1621. Syarikat ini

diberikan hak istimewa untuk berniaga dan

menakluki kawasan di Amerika Utara, Hindia Barat

dan Afrika untuk selama 24 tahun. Tanah jajahan

New Netherland termasuk sebahagian negeri-negeri

yang kini dikenali sebagai New York, New

Jersey, Delaware, dan Connecticut. Tanah jajahan

ini ditubuhkan oleh Syarikat Hindia Barat Belanda

dan beribu pejabat di New Amsterdam (kini New

York City). Lihat juga New Netherland.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas