Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
makanan itu sudah basi. basi ialah kata adjektif atau kata kerja?Basi dalam ayat tersebut merupakan kata adjektif.Tatabahasa26.02.2014
Apakah perkataan yang betul. berbasi-basi atau berbasa-basi. Dan apakah beza makna kedua-dua perkataan iniMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan yang betul ialah "berbasa-basi".  Maksud nya ialah beradat-istiadat dan bersopan-santun (asal bahasa Minang). Tiada istilah "berbasi-basi".Istilah01.10.2014
Yang mana paling tepat?: a) Air liur basi itu najis kerana datangnya daripada perut b) Air liur basi itu najis kerana datangnya dari perutAir liur basi itu najis kerana datangnya daripada perut.Tatabahasa01.07.2012
Jika makanan itu dibiarkan, makanan itu akan basi. Saya mengesan imbuhan pasif dalam ayat ini yang menjadikannya ayat pasif. Bagaimanakah bentuk aktif untuk ayat tersebut?Jika makanan itu dibiarkan, ia akan basi. (Ayat pasif)
Jika anda membiarkannya, makanan itu akan basi. (Ayat aktif)
Tatabahasa11.06.2016
Salam sejahtera, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "menangis tidak berlagu" ? 2. Adakah penggunaan perkataan basi dalam ayat ini betul, " Erin menghulurkan kepada peniaga itu wang yang genap dan tidak mempunyai basi."Frasa "menangis tak berlagu" bermaksud mengalami kesedihan.

Penggunaan perkataan "basi"adalah salah.Perkataan yang betul ialah baki.
Lain-lain26.06.2013
Salam sejahtera, Merujuk kepada soalan 1 yang saya tanya dan jawapan yang dicadangkan tempoh hari, ( Soalan : Salam sejahtera, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "menangis tidak berlagu" ? 2. Adakah penggunaan perkataan basi dalam ayat ini betul, " Erin menghulurkan kepada peniaga itu wang yang genap dan tidak mempunyai basi." Jawapan : Frasa "menangis tak berlagu" bermaksud mengalami kesedihan. Penggunaan perkataan "basi"adalah salah.Perkataan yang betul ialah baki. ) Menurut Kamus Dewan, salah satu daripada maksud basi ialah " lebihan (baki) wang", jadi dalam ayat contoh tersebut, adakah penggunaan perkataan "basi" salah ? Terima kasih.Secara lazimnya, masyarakat lebih kerap menggunakan perkataan baki. Namun, penggunaan perkataan basi dalam ayat tidak salah kerana Kamus Dewan mendefinisikan sebagai lebihan (baki) wang.Tatabahasa01.07.2013
'Lauk daging itu dipanaskan oleh kakak supaya tidak basi'. Saya hendak bertanya, perkataan 'basi' dalam ayat di atas tergolong dalam 'kata kerja' atau 'kata adjektif'? Ayat kedua, "Nasi yang ditanak oleh ayah hangit kerana dia terlupa hendak menutup api dapur." Adakah perkataan 'hangit' tergolong dalam 'kata kerja' atau 'kata adjektif'? Sekian, terima kasih.Kedua-duanya kata adjektif.Tatabahasa27.11.2012
salam. ingin mengetahui maksud perkataan MORAT-MARIT, COMOT-MOMOT,CORENG-MORENG, BEJANA, BASA-BASI dan perkataan berlawan MELABUHKANMorat-marit ialah tidak teratur. Comot-momot pula ialah sangat kotor, manakala coreng- moreng bermaksud penuh dengan coreng. Bejana bermakna bekas (air dll), balang, jambang. Basa-basi ialah adat istiadat, sopan santun. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum.Makna17.06.2008
Berikan subjek untuk ayat pasif di bawah ini. 1. Pasu-pasu bunga itu akan kami alihkan sebentar lagi. 2. Makanan yang telah basi itu telah saya buang sebentar tadi.1. Pasu-pasu bunga itu
2. Makanan yang telah basi itu
Lain-lain12.02.2015
apakah maksud berbasa-basi yang sebenarnya?Adakah perkataan itu termasuk dalam kata kerja dan apakah kata dasar perkataan ini?Maksudnya, beradat -istiadat, bersopan-santun. (asal - bahasa Minang )Makna19.01.2007
12

Kembali ke atas