Pantun

PantunSumberTema
Saya tahu emping basi, Orang mengail di dalam kali; Saya tahu dia benci, Saja tidak sedarkan diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya tak tahu emping basi, Biarlah jatuh ke dalam duri; Saya tak tahu demo benci, Saja saya tak kisah diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau menutup tidak rapat, Nasi bekal tentulah basi; Kalau hidup tak beradat, Matilah akal buntulah hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bagaimana rasa nasi daun, Nasi setalam rasa nak basi; Bagaimana tinggal setahun, Tinggal sebulan rasa nak mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa guna nasi di daun, Nasi di talam rasa nak basi; Apa guna tinggal setahun, Tinggal sehari rasa nak mati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kayu senduk kayu jati, Mari letak atas permatang; Nasi sejuk sudah basi, Nantikan tuan lambat datang.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas