Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSaya tahu emping basi, Orang mengail di dalam kali; Saya tahu dia benci, Saja tidak sedarkan diri.
Kurik Kundi Merah SagaSaya tak tahu emping basi, Biarlah jatuh ke dalam duri; Saya tak tahu demo benci, Saja saya tak kisah diri.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana rasa nasi daun, Nasi setalam rasa nak basi; Bagaimana tinggal setahun, Tinggal sebulan rasa nak mati.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna nasi daun, Nasi setalam rasa nak basi; Apa guna tinggal setahun, Tinggal semalam rasa nak mati.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna nasi di daun, Nasi di talam rasa nak basi; Apa guna tinggal setahun, Tinggal sehari rasa nak mati.
Kurik Kundi Merah SagaKayu senduk kayu jati, Mari letak atas permatang; Nasi sejuk sudah basi, Nantikan tuan lambat datang.

Kembali ke atas