[ba.tal] | بطل
Definisi : 1. tidak sah, tidak berlaku lagi, mansuh: sah ~ terserah pd lembaga; kerana dia tersentuh suaminya, air sembahyangnya ~; 2. tidak jadi, gagal, tidak berhasil: niatnya hendak pulang ~ kerana kematian anaknya; 3. tidak sah diperlakukan, tidak laku lagi (bkn cek, tiket, dsb);membatalkan 1. menyatakan tidak sah (berlaku lagi): Parlimen berhak ~ undangundang; 2. meniadakan, menggagalkan, mengurungkan: Amerika Syarikat ~ bantuannya kpd negara-negara yg prokomunis;terbatal dibatalkan: perjanjian itu dianggap tidak sah atau ~ jika syarat-syarat yg ditetapkan tidak dipatuhi;pembatalan perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Parlimen menyetujui ~ undang-undang itu; pembatal (sesuatu) yg membatalkan; kuasa ~ kuasa yg membatalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)