apakah istilah penggunaan yang betul: batik sutera atau sutera batik. Adakah perbezaan? | Frasa yang betul ialah "sutera batik" kerana yang diterangkan ialah sutera (kain) dan yang menerangkannya ialah batik. Namun begitu frasa "batik sutera" banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 19.09.2012 |
Nama-nama perniagaan berikut: Fauzi Batik, Noor Arfa Batik, dan Razali Batik dan Songket - betul atau salah? Kalau Batik Fauzi pula macam mana? | Nama perniagaan tersebut salah kerana tidak mengikut hukum D-M. D-M bermaksud diterangkan (D) dan menerangkan (M). Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama | Ejaan | 09.08.2006 |
1)Cikgu Mastura memakai baju batik (ke)sekolah. 2)Cikgu Mastura memakai baju batik( pergi )sekolah. AYAT YANG MANA SATU BETUL?TERIMA KASIH. | Ayat yang betul ialah Cikgu Mastura memakai baju batik ke sekolah atau Cikgu Mastura memakai baju batik untuk pergi ke sekolah. | Tatabahasa | 17.10.2014 |
Soalan: Baiki kesalahan struktur ayat berikut supaya menjadi ayat yang betul. Ayat: Kamu di mana membeli baju batik itu? Jawapan mana yang lebih sesuai? 1)Di mana kamu membeli baju batik itu? 2)Kamu membeli baju batik itu di mana? | Yang betul ialah Di mana kamu membeli baju batik itu? | Tatabahasa | 08.05.2008 |
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya, apakah istilah sebetulnya bagi perkataan stamping batik? Adakah ia bermaksud mencetak batik? Ini kerana saya ada mencuba mencari perkataan tersebut di Carian Kata akan tetapi tidak dijumpai. Harap boleh membantu. | Jawapan yang betul ialah mengecap batik. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=stamping&d=28648&#LIHATSINI | Istilah | 16.12.2020 |
Baju batik itu cantik ______ murah harganya. A. tetapi B. dan boleh saya tahu yang mana jawapan paling tepat? A atau B? | Jawapan yang sesuai ialah dan. | Tatabahasa | 27.10.2015 |
Salam sejahtera, adakah ayat-ayat berikut betul/gramatis? 1. Dia demam kerana bermain hujan. 2. Corak batik yang menarik menjadi tarikan ramai. 3. Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai. | Ketiga-tiga ayat tidak gramatis. Ayat tersebut boleh diperbaiki menjadi "Dia demam kerana bermain semasa hujan" dan "Corak batik yang menarik menjadi tarikan orang ramai. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
Salam tuan/puan, Apakah terjemahan Inggeris untuk 'mencanting batik', 'belalang rusa'? Terima kasih. | Wsalam, Perkataan "mencanting batik" dan "belalang rusa" tidak terdapat dalam pangkalan data istilah kami. Mohon tuan hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) di talian 03-92262506 untuk mendapatkan terjemahan yang tepat bagi istilah ini. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.01.2015 |
Masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap di kain batik. Penggunaan di atau pada yang betul? Saya menulis jawapan pada buku latihan atau di buku latihan. | Ayat yang betul ialah: - Masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap pada kain batik.
- Saya menulis jawapan pada buku latihan.
| Tatabahasa | 11.11.2024 |
1) Apakah perbezaan antara 'mengecap' dan 'menerap' dalam konteks pembuatan batik? 2) Perkataan manakah yang lebih sesuai digunakan dalam definisi dan proses? | Untuk kefahaman yang asas, mengecap bermaksud mencetak akhbar, buku dan lain-lain dengan mesin atau alat pengecap manakala menerap bermaksud membentuk kuih, biskut dan lain-lain menggunakan terap. Jadi, perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam definisi dan proses pembuatan batik ialah mengecap. | Makna | 17.11.2022 |