Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bayan

Puisi
 

Kalau tuan selasih dani,
     Burung bayan buat sarang;
Kalaulah tuan kasihkan kami,
     Rebutlah saya di tangan orang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bayan di tangan habis terlepas.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Adapun bayan bulunya cantik, Ke mana terbang dicari orang; Tanda beriman lakunya baik, Berdada lapang hati penyayang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kerana bayan bertambah garang, Banyaklah pungguk jadi berdendam; Kerana hutan dirambah orang, Banyaklah beruk tak tidur malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Susahlah hati anak bayan, Duduk lemas berdiri hoyong; Susahlah hati hendak makan, Lauk keras gigilah ompong.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau memikat burung bayan, Jangan pula dijual beli; Biar jadi telinga tempayan, Jangan jadi telinga kuali.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau tuan selasih dani, Burung bayan buat sarang; Kalaulah tuan kasihkan kami, Rebutlah saya di tangan orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batang nyiur di tepi kolam, Di sana bayan berdiam diri; Orang ditegur bermuka masam, Kasih kusimpan di dalam hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hanyut-hanyut makan belunut, Hanyut sampai ke dalam bayan; Duduk rambang makan tak pungut, Anak dara di Palimbayan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pecah boyan pecah tempayan, Mari dikorek penyuci kaki; Hilanglah nuri diganti bayan, Nuri teritung batang melentik.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang Boyan balik ke Boyan, Bawa duit satu ringgit; Niat hati nak getah bayan, Tergetahlah mari burung serindit.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas