gejala pembuangan bayi atau gejala membuang bayi atau gejala buang bayi ? perlakuan membuang bayi atau perlakuan buang bayi atau perlakuan pembuangan bayi? | 1. Gejala pembuangan bayi. 2. Perlakuan membuang bayi. | Makna | 01.07.2014 |
frasa nama yang betul untuk kereta yang membawa bayi: kereta bayi / kereta sorong / kereta tolak/ atau ...... | Kereta sorong bayi | Makna | 21.03.2011 |
definisi pembuangan bayi, cara mengatasi pembuangan bayi di kalangan remaja. | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, halaman 208, kata buang bermaksud mencampakkan , mlemparkan. menghapuskan ,menghilangkan. Kata bayi bermaksud anak kecil yang baharu dilahirkan. Makna pembuangan bayi pula ialah perbuatan 'mencampakkan' atau 'menghapuskan'. Sekiranya sdr. ingin menulis tentang perkara ini sdr. dinasihati membaca makalah dalam akhbar dan majalah dan sebagainya atau berbincang dengan guru sdr. | Makna | 04.09.2007 |
Puan Lim menyorong bayinya yang berada di dalam kereta sorong bayi. atau Puan Lim menyorong kereta sorong bayi yang dinaiki oleh bayinya. Adakah kedua-dua ayat ini betul ? Maksud saya menyorong bayi atau menyorong kereta bayi?? Tq. | Ayat yang lebih gramatis ialah Puan Lim menyorong kereta sorong bayi yang membawa bayinya. | Tatabahasa | 21.07.2014 |
Melalui semakan kami di prpm, padanan bagi perkataan "infant feeding" ialah "memberi makan bayi". Kenapakah padanan tersebut bukan "memberikan makanan kepada bayi"? Kami bercadang untuk memberi padanan kepada perkataan "infant feeding" dalam ayat di bawah ini dengan perkataan "diberi makan kepada bayi". Adakah ia tepat dari sudut tatabahasa dan konteks ayat. Infant formula 389. (1) Infant formula shall be any food described or sold as an alternative for human milk for the feeding of infants. It is a product prepared from milk of cow or other animal or other edible constituent of animal or both, including fish, or from plant suitable for infant feeding Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi | Rumusan bayi 389. (1) Rumusan bayi hendaklah apa-apa makanan yang diperihalkan atau dijual sebagai alternatif kepada susu ibu bagi makanan bayi. Ia hendaklah hasil yang disediakan daripada susu lembu atau binatang lain, atau bahagian binatang lain yang boleh dimakan atau kedua-duanya, termasuk ikan, atau daripada tumbuhan yang sesuai untuk makanan bayi. Terjemahan di atas oleh tuan adalah betul sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.07.2021 |
PENGGUNAAN ISTILAH YANG BETUL UNTUK BAYI KEMBAR PEREMPUAN ATAU BAYI PEREMPUAN KEMBAR? | Lazimnya disebut jantina dahulu, iaitu "Bayi perempuan kembar". | Tatabahasa | 06.06.2011 |
Bagi klausa; bayi dalam kandungan Atau Bayi di dalam kandungan Yang mana lebih tempat? | Kata sendi nama yang betul bagi ayat di atas ialah "Bayi di dalam kandungan." | Tatabahasa | 07.12.2023 |
Saya keliru mengenai perkataan ini: Penyusuan ibu atau penyusuan bayi? Yang mahu merujuk kepada penyusuan badan seorang ibunya kepada bayi. Atau adakah tepat juga jika menggunakan penyusuan susu ibu atau penyusuan badan? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "Penyusuan Bayi" kerana penyusuan bermaksud hal/perbuatan menyusu, sepertu pemendekan tempoh penyusuan bayi boleh membahayakan kesihatannya. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Baby's skin deserves the best care from nature. Suggested translations:- 1. Kulit bayi patut menerima penjagaan yang terbaik daripada alam semula jadi. 2. Kulit bayi memerlukan penjagaan rapi dengan bahan berasaskan sumber semula jadi. 3. Kulit bayi perlu diberikan penjagaan yang rapi berasaskan sumber semula jadi. Appreciate if you could advise which translation is correct. Thanks. | Padanan yang sesuai untuk terjemahan tersebut ialah Kulit bayi memerlukan penjagaan rapi dengan bahan berasaskan sumber semula jadi. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.06.2019 |
Ayat berikut yang mana betul 'dengan' atau 'pada'. 1. Bayi itu dijual dengan harga RM6,000 kepada pasangan... 2. Bayi itu dijual pada harga RM6,000 kepada pasangan... | Ayat yang betul ialah "Bayi itu dijual pada harga RM6,000 kepada pasangan ...". | Tatabahasa | 19.04.2012 |