Satah condong ialah peranti yang digunakan
untuk mengangkat beban berat menggunakan
daya yang agak kecil. Contohnya, menolak beban
menaiki tanjakan ke atas sebuah pelantar
memerlukan kurang daya daripada mengangkat
beban ke atas pelantar, kerana beban bergerak
lebih jauh. Katakanlah pelantar itu tingginya 3 ½
meter, tanjakan panjangnya 14 meter dan beban
adalah sebuah tong 200 kilogram. Kerja yang
diperlukan untuk mengangkat tong itu ke atas
pelantar bersamaan dengan beban didarabkan
dengan ketinggian, atau 200 x 3½, yang
bersamaan dengan 700 kilogram daya-meter (atau
6860 newton-meter). Tetapi jika beban itu
digolekkan menaiki tanjakan, daya yang
diperlukan adalah:
Daya = beban x ketinggian atau F =200 x 3½ = 50 kilogram
______________- ____________- daya
jarak 14
Walaupun satah condong mengurangkan daya,
amaun kerja yang dilakukan tetap 700 kilogram
daya-meter (50 x 14). Satah condong adalah satu
daripada enam mesin mudah (lihat Mesin [Enam
mesin mudah]).