design load | beban rekabentuk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Beban yang digunakan dalam rekabentuk struktur yang terdiri daripada beban hidup, beban mati dan beban angin, didarabkan dengan faktor-faktor tertentu. Contoh beban rekabentuk, W = 1.4 Gk + 1.6 Qk, apabila Gk = beban mati dan Qk = beban hidup. |
live load | beban hidup | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Beban yang dapat dipindahkan atau digantikan. Beban ini tidak termasuk beban dinamik, beban angin atau beban gempa bumi. |
dead load | beban mati | Kejuruteraan | Tiada | 1. Beban yang tegasannya stabil dan tidak berubah.,2. Berat struktur dan beban-beban tetap yang tidak berganjak pada sesebuah bangunan. |
dead load | beban mati | Kesenian | Seni Bina | 1. Beban yang tegasannya stabil dan tidak berubah. 2. Berat struktur dan beban-beban tetap yang tidak berganjak pada sesebuah bangunan, seperti lantai, bumbung, tiang dan sebagainya. |
load-bearing structure | struktur galas beban | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Struktur yang menyokong beban-beban kenaan. Struktur ini digunakan pada rasuk, lantai, tiang dan dinding konkrit. |
bearing pile | cerucuk galas | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Cerucuk yang memikul beban-beban tegak dengan cara memindahkannya ke strata tanah yang lebih keras, seperti batu hampar. |
dead weight | berat muatan;berat mati | Kejuruteraan | Tiada | 1. Berat mati: Berat struktur dengan beban-beban kekal yang bertindak padanya. |
pier cap | tetopi tiang sambut | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian atas tiang sambut jambatan yang mengagihkan secara seragam beban-beban terpumpun dari jambatan. |
shell construction | binaan kelumpang | Kesenian | Seni Bina | Struktur binaan kerangka luar bangunan seperti bumbung atau dinding. Struktur binaan ini berfungsi untuk menanggung beban menegak atau beban melintang, sama ada beban tetap, beban hidup ataupun beban sementara seperti gempa dan angin. Binaan kerangka bangunan perlu dirancang dengan teliti mengikut kaedah-kaedah mekanikal teknik dengan mempertimbangkan faktor keselamatan dan juga faktor-faktor ekonomi. |
concrete slab | papak konkrit | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Lantai daripada struktur konkrit tetulang yang dibina di atas rasuk atau di tanah untuk memikul beban. Beban daripada papak diagihkan kepada rasuk yang seterusnya memindahkannya kepada tiang dan asas bangunan. Papak konkrit selalunya mempunyai tebal di antara 75 mm hingga 150 mm dan bergantung kepada beban yang dipikul, keadaan tanah yang menyokongnya, dan juga rekabentuk papak, iaitu sama ada ia terdiri daripada papak sehala ataupun papak dua hala. |