Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ketika (kata nama)
Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;,
Kata Terbitan : seketika, berketika,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan antara "merebus" dengan "mencelur"Perbezaan antara "merebus" dan "mencelur" adalah seperti yang berikut:

Merebus ialah memasak sesuatu dalam air, meng­godok. Manakala mencelur pula ialah memasukkan (mencelupkan) se­suatu (seperti sayur dan sebagainya) untuk beberapa ketika ke dalam air panas (supaya lembut dan sebagainya).
Makna14.12.2021
1. Mengapakah semakin banyak kata Arab seperti intihanya yang digunakan dalam karangan SPM tetapi masih tidak lagi dimasukkan ke dalam istilah Kamus Dewan? 2. Kata-kata Arab semakin banyak digunakan dalam karangan, adakah ini menjadikan karangan lebih berkualiti?Untuk makluman tuan Kamus Dewan diterbitkan dalam tempoh beberapa tahun tertentu. Maka entri baharu perlu menunggu tempoh beberapa ketika untuk dimasukkan dalam kamus. Penggunaan kata Arab dalam wacana harus disesuaikan mengikut konteks. Jika dalam amajlis/cara keagamaan amat sesuai sekali penggunaan kata Arab, manakala untuk tujuan karangan dan peperiksaan hendaklah merujuk guru di sekolah.  Tatabahasa23.06.2015
1.Bolehkah perkataan kantoi digunakan dalam penghasilan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Jika disemak di dalam kamus dewan online tidak wujud makna kantoi. 2.Adakan usyar ejaan yang betul?1. Perkataan kantoi digunakan dalam bahasa percakapan atau slanga. Pada pandangan kami sedapat mungkin karya kreatif juga perlu menggunakan bahasa yang betul kecuali dalam kes tertentu seperti jika memetik dialog dan perbualan. 2. Usyar ialah bahasa percakapan yang bermaksud memerhati (biasanya buat beberapa ketika).Tatabahasa21.02.2012
di zaman atau pada zaman di ketika atau pada ketika

Salam sejahtera,

Kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama 'pada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa siri tertentu.

Jawapan yang betul ialah pada zaman dan pada ketika.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265.

Tatabahasa06.11.2012
Apakah penjodoh bilangan bagi perkataan 'sektor'? Adakah 'buah' digunakan sebagai penjodoh bilangan baginya? Contoh ayat: Beberapa buah sektor di Malaysia telah dibenarkan beroperasi ketika fasa satu pelan pemulihan negara ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19.Tidak perlu memasukkan penjodoh bilangan bagi perkataan 'sektor'.  Ayat yang betul ialah: Beberapa sektor di Malaysia telah dibenarkan beroperasi ketika fasa satu pelan pemulihan negara ketika negara sedang dilanda wabak COVID-19.Tatabahasa06.08.2021
Tuan, Apakah jawapan untuk ayat di bawah ? 1. Fatimah ______________ rakan karibnya beberapa keping poskad ketika melancong ke Australia. a. mengirimkan b. mengirimi Terima kasih. Cik OngJawapan yang betul ialah "mengirimi".Tatabahasa07.11.2018
(Kita, Kami) perlu beratur ketika membeli makanan di kantin. penggunaan kita dan kami jawapan yang diberi ialah kita. namun terdapat beberapa individu yang menyatakan jawapannya ialah kami jadi saya ingin mendapatkan kepastian.Kita perlu beratur ketika membeli makanan di kantin. Ayat ini betul kerana kita - kata ganti bagi diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), manakala kami - sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua). Dalam situasi ini kita bercakap bagi pihak diri sendiri dan orang lain yang mendengarnya.Tatabahasa30.03.2010
Apakah kesalahan dalam ayat ini dari aspek ejaan dan tanda baca : lelaki iban memakai baju burung ketika menari tarian ngajatDari segi ejaan tiada kesalahan, tetapi dari segi tanda baca ada penggunaan huruf besar pada beberapa tempat:

Lelaki Iban memakai baju barung ketika menari tarian ngajat.
Lain-lain08.07.2014
Apakah kesalahan ejaan dan kesalahan penghunaan imbuhan dalam ayat di bawah? 1)Penemuan beberapa artifek di pulau itu terbukti bahawa pulau itu pernah mempunyai penghuni pada suatu ketika dahulu. 2)Mereka yang mengalami tiada masalah untuk menentukan ketulinan sesuatu barang yang terdapat di pasaran. 3)Pengkaji tersebut belum dapat pengesahan spesis haiwan yang dijumpai keletihan di belukar itu.
Kesalahan tatabahasa dalam ayat seperti yang digariskan.

 1)Penemuan beberapa artifek di pulau itu terbukti bahawa pulau itu pernah mempunyai penghuni pada suatu ketika dahulu.

2)Mereka yang mengalami tiada masalah untuk menentukan ketulinan sesuatu barang yang terdapat di pasaran.

3)Pengkaji tersebut belum dapat pengesahan spesis haiwan yang dijumpai keletihan di belukar itu
Tatabahasa01.04.2014
tuan, saya ada beberapa soalan yang menimbulkan kekeiruan: 1. suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka.( kesalahan jawapan ialah sesama) 2. aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat.(kesalahan: bermasyarakat) 3. pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. (kesalahan:pengulas) 4. perkhidmatan layan diri.(kesalahan di mana?) 5. kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut.( kesalahan di mana?) 6. pelbagai jenis lauk-pauk( kesalahan di mana?)

1. Suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka. - sesama bermaksud antara, ayat ini betul 

2. Aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat. - yang betul 'aktivitis masyarakat', iaitu kata majmuk   

3. Pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. - ayat ini betul kerana pengulas ialah orang yang bertugas memberikan ulasan terhadap kegiatan sukan itu

4. Perkhidmatan layan diri. - buang perkataan 'perkhidmatan' kerana tiada khidmat yang diberikan. 'Layan Diri' sahaja 

5. Kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut. tiada kesalahan

6. Pelbagai jenis lauk-pauk - Frasa yang betul 'pelbagai jenis lauk' atau 'lauk-pauk'

Tatabahasa29.03.2011
123

Kembali ke atas