Soalan tentang penggunaan kata ganda, bekas-bekas pelajar @ bekas pelajar-pelajar yang mana satukah penggunaan kata ganda yang betul. | Tidak perlu menggandakan salah satu daripada perkataan tersebut, cukup sekadar "bekas pelajar" kerana frasa tersebut boleh merujuk tunggal atau jamak berdasarkan konteks ayat yang digunakan. | Ejaan | 12.08.2011 |
1. Apakah makna perkataan "mantan"? Adakah sama maksudnya dengan "bekas"? 2. Manakah ejaan yang betul, "mampan" atau "mapan" | Mantan bermakna dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak; bekas. Bekas di sini bukan bermakna tempat meletak sesuatu. Ejaan mampan dan mapan betul. Kedua-duanya ada makna tersendiri; mampan bermakna mampu, dan mapan bermakna tidak berubah-ubah/kukuh. | Ejaan | 18.01.2008 |
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajar | Moto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar, | Tatabahasa | 27.03.2008 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan nama bagi bekas pembungkusan "clamshell". Bekas ini digunakan untuk meletak roti. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi bekas clamshell ialah bekas berbentuk tiram. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.03.2015 |
Apakah maksud bekas tangan | Bekas tangan bermakna: a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan | Ejaan | 09.08.2006 |
Soalan ini tentang nama sejenis alat tulis. Sila rujuk dokumen yang dilampirkan. Terima kasih. | Tidak ada nama khusus untuk bekas tersebut, lazimnya diungkapkan sebagai bekas pensel atau bekas pen. | Lain-lain | 15.11.2012 |
Bavani menyiram pokok bunga menggunakan (bekas penyiram air).Adakah bekas penyiram air betul ? | Bavani menyiram pokok bunga menggunakan penyiram air. | Tatabahasa | 11.08.2016 |
Bekas yang digunakan untuk menyiram bunga dipanggil "bekas penyiram "atau "penyiram"? | Dalam Kamus Pelajar, penyiram ditakrifkan sebagai alat untuk menyiram. Oleh itu, penyiram telah merujuk bekas alat yang digunakan untuk menyiram. | Tatabahasa | 30.03.2010 |
Penjodoh bilangan yang sesuai untuk bekas. Iaitu container untuk menyimpan makanan. | Penjodoh bilangan untuk bekas yang dimaksudkan tuan/puan ialah buah. Contohnya sebuah bekas. | Tatabahasa | 04.09.2008 |
Salam, saya ingin bertanya apakah bezanya mantan dan bekas? Siapakah yang sesuai digunakan sebagai mantan dan bekas? Terima kasih | Menurut definisi Kamus Dewan, mantan : dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia ialah ~ guru besar sekolah itu. bekas :1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; Berdasarkan pentakrifan dan penggunaan kedua-dua kata ini tidak salah digunakan, namun kata mantan kini lazim digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu. | Makna | 25.06.2009 |