Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lah] |  بله

Definisi : 1. retak, celah: di antara bangsa-bangsa itu ada pangsa dan ~ bagi; 2. pecah dua (tiga dll): bagai pinang ~ dua; 3. bahagian, sisi, pihak: dia membeliakkan kedua-dua ~ matanya; ~ bagi cerai-berai, tidak bersatu; ~ batang sj jerat babi; ~ betung belah yg panjang di tengah-tengah; ~ buluh garis-garis lebar memanjang (pd kain); (baju) ~ dada baju yg terbuka di bahagian depan; ~ kangkung sj jahitan; ~ ketupat potongan wajik; retak menanti ~ prb retak perselisihan yg akan menjadi besar; sebelah 1. setengah, separuh, seperdua, sebahagian (drpd sepasang, dua benda): beri aku nyiur ~; cinta itu tidak datang dr ~ sahaja; 2. bahagian, jurusan, arah: pd ~ petang; orang tuanya tinggal di ~ hilir; 3. dekat, samping: orang ~ (rumah); sebelah-menyebelah pd kedua-dua belah (sisi, pinggir): keriuhan di rumah itu mengganggu orang ~; gambar kedua-dua orang anaknya digantung ~ kalendar; bersebelah, bersebelah-sebelahan bersampingan, berdekatan: ia tidur ~ bilik dgn kakaknya; menyebelah berpihak kpd: kalau ia tidak setuju dgn aku itu tidak mengapa, tetapi janganlah ia ~ kpd lawanku; menyebelahi menyebelah kpd: dia sentiasa ~ pihak yg benar; menyebelahkan 1. memisahkan, mengesampingkan: tiap bulan ia ~ sebahagian drpd pendapatannya utk membayar hutang; kerajaan Afrika Selatan bertujuan ~ orang Eropah dgn orang-orang yg berwarna; 2. menempatkan diri (pergi, duduk) di sebelah: ia duduk ~ emaknya; berbelah; ~ hati tidak tetap pendirian, tidak dapat memutuskan sesuatu; hatinya berbelah-belah = hatinya ~ balik tidak tetap pendiriannya; membelah 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; terbelah terbahagi, terpecah: Laut Merah yg ~ menjadi jalan yg terbentang; belahan 1. celah (retak) panjang: ~ di tembok; 2. bahagian (kepingan) sesudah dibelah: ~ terbesar drpd nyiur itu, disimpannya utk esok; hatinya balik ~ hatinya berbalikbalik; 3. = ~ diri = ~ hati = ~ jiwa kekasih, isteri; 4. perihal mengerjakan sawah (tanah) orang lain dgn syarat hasilnya dibahagi dua: ia tidak menyewa tanah itu, tetapi mengambil ~; 5. Mn keluarga, sanak: bapanya bergelar Datuk Lela Panjang, suku Jelutung, ~ Raja Pagar Ruyung; ~ (sel) perihal memperbanyak sel; pembelahan 1. perihal membelah: permusuhan antara kedua-dua golongan akan mengakibatkan ~ Pulau Cyprus; 2. bp pembedahan; pembelah alat utk membelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lah] |  بله

Definisi : ; sebelah; ikan ~ sj ikan laut, a) Pseudorhombus arsius; b) Pseudorhombus javanicus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lah] |  بله

Definisi : 1 celah yg besar dan panjang (spt pd sesuatu benda yg akan pecah). 2 pecah menjadi dua bahagian: Biar retak asalkan jangan ~. 3 bahagian drpd sesuatu yg berpasangan spt kaki, mata dsb: Dia memejamkan kedua-dua ~ matanya. 4 satu drpd golongan yg berlawanan atau bertentangan: Perkara itu telah disetujui oleh kedua-dua ~ pihak. berbelah 1 ada belahnya; mempunyai belah: Bajunya ~ di belakang. 2 terbagi menjadi dua: Cintanya ~. ~ bagi tidak tetap (perasaan pendirian dsb). membelah 1 memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. terbelah terbahagi dua atau terpecah: Bahtera itu ~ akibat terlanggar batu karang. belahan 1 retak yg panjang: ~ pd tembok itu masih belum bertampal lagi. 2 bahagian sesuatu yg sudah dibelah: ~ betik itu disimpan dlm peti ais. ~ diri (jiwa) a. orang yg dikasihi; kekasih. b. isteri. pembelahan perbuatan atau hal membelah. pembelah 1 alat utk membelah. 2 orang yg membelah: ~ kayu. sebelah 1 sebahagian atau salah satu benda yg berpasangan; setengah; separuh: Beri aku buah limau itu ~. 2 arah yg menunjukkan tempat; jurusan; bahagian: Taman Negara terletak di ~ utara negeri Pahang. 3 tempat yg hampir dgn; dekat; samping: Dia duduk di ~ saya. sebelah-menyebelah pd kedua-dua bahagian atau pd arah yg bertentangan; seberang-menyeberang letaknya: Kedai besar berbanjar di ~ jalan raya itu. bersebelahan berada di sebelah; di samping atau di sebelah sesuatu yg lain letaknya. menyebelahi menyokong atau membantu sesuatu pihak; berpihak kpd: Ketua badan itu sentiasa ~ orang-orang yg sealiran dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belah

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Ditetak belah dipalu belah,
     tembikar juga akan jadinya.

Bermaksud :

Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kompleks membeli-belah atau kompleks beli-belah. Pusat membeli-belah atau pusat beli-belah. Apa maksud sebenar perkataan "beli-belah".?Yang betulialah kompleks beli-belah, beli-belah bermaksud membeli berbagai-bagai jenis barang.Tatabahasa14.10.2008
Salam. betulkah ayat berikut ? ( Daripada kamu melepak di pusat membeli-belah lebih baik kamu membaca buku .) Frasa di pusat membeli- belah dalam konteks ayat tersebut . 2. Beza pusat beli-belah dengan pusat membeli-belah

Saudara,

Yang betul ialah pusat beli-belah. Perkataan beli-belah sebagai padanan kepada perkataan "shopping" dalam bahasa Inggeris.

Tatabahasa03.02.2010
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i".1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 
2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi.  
3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah
4. Sementelah dan sementelahan.
5. Justeru.
6. ... kita akan dapat ...  
7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 
8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 
9. Kita haruslah dan kita seharusnya 
10. Keistimewaan alam semula jadi 
11. Mempertingkatkan 
12. Memperbaik
13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud  menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177.
Tatabahasa29.10.2012
ejaan yang betul bagi berpecah-belah atau berpecah belah? tqBerpecah belah.Ejaan10.06.2013
Yang manakah betul: syurga beli-belah atau syurga membeli-belahSyurga beli-belahLain-lain28.02.2018
Penggunaan frasa yang manakah betul,'pusat membeli belah' atau 'pusat beli belah?pusat beli-belahTatabahasa13.09.2012
Pusat Beli-belah Aeon atau Pusat Beli-Belah Aeon (ejaan beli-belah yang betul bagi nama khas)

Ejaan yang betul ialah Pusat Beli-belah Aeon
Ejaan16.09.2017
Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai penggunaan perkataan beli-belah dan membeli-belah. Adakah betul penggunaan promosi beli-belah dan peta panduan membeli-belah (shopping guide maps). Sekian, terima kasih.Kedua-duanya betul.Lain-lain01.09.2016
manakah antara perkataan yang berikut betul komplek membeli-belah atau komplek beli-belah. nyatakan juga alasannya.

Tengku Noor terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Penggunaan yang betuk ialah Kompleks Beli -belah kerana ini merupakan nama sesuatu tempat manakala Kompleks Membeli belah lebih membawa seolah-olah kompleks itu sedang membeli belah. Terima kasih 

Istilah29.08.2009
Pusat beli-belah atau pusat beli belah.Mana yang betul?Pusat beli-belahTatabahasa06.05.2007
12345678910...

Kembali ke atas