Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lan.ja.wan] | بلنجاون

Definisi : 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lan.ja.wan] | بلنجاون

Definisi : anggaran pendapatan dan perbelanjaan utk sesuatu jangka waktu (terutama yg dibuat oleh pemerintah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belanjawan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara belanjawan dan bajet?Bilakah istilah belanjawan atau bajet sesuai digunakanSehingga kini DBP masih mengekalkan penggunaan istilah belanjawan memandangkan kata ini sudah pun mantap dalam pelbagai bidang istilah terutamnya yang membabitkan daftar istilah ekonomi, kewangan ataupun perbankan dan yang seumpama dengannya.Ejaan09.08.2006
maksud kawalan belanjawan

Saudara,

Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan;

Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.

 Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna18.12.2009
Tuan, Yang mana satukah yang betul? Sumber: Stylish & Suits Your Pocket 1. Bergaya & Sesuai Dengan Perbelanjaan Anda ATAU 2. Bergaya & Sesuai Dengan Belanjawan Anda Terima kasihPadanan yang betul dalam bahasa Melayu ialah "Bergaya dan Sesuai dengan Belanjawan Anda".Makna12.02.2020
Mengapa perkataan bajet masih digunakan oleh kerajaan semasa pembentangan belanjawan 2010?Bajet ialah bahasa percakapan dan sewajarnya tidak digunakan dalam konteks rasmi.Lain-lain27.10.2009
ejaan bajet atau baget;Sehingga kini DBP masih mengekalkan penggunaan istilah belanjawan memandangkan kata ini sudah pun mantap dalam pelbagai bidang istilah terutamanya yang membabitkan daftar istilah ekonomi, kewangan ataupun perbankan dan yang seumpama dengannya.Ejaan22.04.2008
Apakah cadangan nama seminar yg betul untuk "Seminar Bajet Santai 2013"Cadangan kami "Bual Bicara Belanjawan 2013".Tatabahasa05.10.2012
Bolehkah "Bajet-K" atau "Bajett-K" dipakai sebagai nama produk untuk ubat gigi?Untuk makluman sdr, perkataan bajet membawa maksud belanjawan. Sehubungan  dengan itu, perkataan bajet tidak menggambarkan tentang produk ubat gigi. Walau bagaimanapun, sdr akan mendapat nama-nama yang tepat dan indah  serta bersesuaian dengan produk sdr  sekiranya sdr  membaca buku Garis Panduan Menanami Syarikat, kawasan, tempat dan Jalan terbitan DBP.Makna28.04.2009
Saya ingin kemukakan cadangan agar DBP menyarankan agensi pendidikan swasta/ GLC menggunakan bahasa Melayu semasa aktiiti rasmi dan mesyuarat. Hal ini boleh disarankan melalui Pembentangan Belanjawan 2017 oleh PM. Kerajaan wajar bertegas dalam hal ini. Terima kasihKami ambil maklum cadangan tuan. Untuk makluman tuan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Seyogia kita sebagai rakyat Malaysia, menghormati peraturan yang ada patah lagi kita semua berpegang kepada prinsip "Keluhuran Perlembagaan". Pada setiap kesempatan yang ada seperti perasmian sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, hal ini sering ditegaskan semula.Lain-lain18.08.2016
Saya dapati rata-rata pengguna bahasa Melayu menggunakan perkataan "one-off" secara italic dan tidak memberi padanan dalam bahasa Melayu. Didapati dalam istilah PRPM disebut one-off budget sebagai belanjawan sekali beri. Adakah padanan bahasa Melayu bagi "one-off" iaitu "sekali beri" telah mantap dan boleh digunakan dalam penggunaan rasmi?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "one-off" iaitu sekali beri merupakan istilah standard yang telah ada dalam data kami dan boleh digunakan dalam konteks rasmi.Istilah30.03.2020
Assalamualaikum.... Saya ialah seorang pelajar STPM yang mengambil subjek Bahasa Melayu. Saya ingin tahu tentang penggunaan 'bahasa percakapan' (bp). Bolehkah perkataan daripada bp digunakan untuk membuat karangan Bahasa Melayu? Ini kerana, bp tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Adakah ini bermaksud membina karangan juga termasuk dalam urusan rasmi? Contohnya, perkataan 'bajet' ialah bp dan perkataan ini tidak boleh digunakan dalam urusan rasmi. Oleh itu, perkataan 'bajet' perlu digantikan dengan perkataan 'belanjawan'. Adakah pengggunaan kata 'bajet' dalam karangan dikira sebagai kesalahan bahasa?

Dalam situasi rasmi (termasuklah untuk tujuan peperiksaan) bahasa percakapan tidak digunakan, yang digunakan hanyalah bahasa yang baku, betul dan santun. Dalam Kamus Dewan, kata bajet ditanda sebagai bahasa percapakan, oleh itu penggunaannya hendaklah digantikan dengan kata belanjawan untuk konteks rasmi. 

Lain-lain27.06.2008
12

Kembali ke atas