Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.li] | بلي

Definisi : ; = membeli; berjual ~ menjual dan membeli;berbeli (dapat) dibeli, (dapat) dibayar, terbayar: ikan juga tidak pernah ~; ambil sajalah, tak usah ~;berbeli-belian 1. saling membeli; 2. ark berbelanja: ~ di pasar;membeli 1. memperoleh barang dgn membayar (harganya): anak itu disuruhnya ~ kopi di kedai; 2. mencapai (memperoleh) sesuatu dgn usaha yg keras (dgn pengorbanan): ijazah itu saya beli dgn usaha siang dan malam; ~-belah membeli berbagai-bagai jenis barang; alah (kalah) ~ menang memakai prb barang yg baik memang mahal harganya tetapi lama dapat dipakai; gajah lalu dibeli, kosa tidak terbeli prb pekerjaan besar dapat dibuat, tetapi pekerjaan kecil utk menjayakan pekerjaan besar itu tidak terbuat; mahal dibeli, sukar dicari prb benda yg tidak mudah didapat (jarang ada);membelikan 1. membeli utk: ia jarang-jarang ~ isterinya barang perhiasan; 2. menggunakan wang utk membeli sesuatu: wang tiadalah banyak, saya hematkan dr sedikit ke sedikit, itulah yg dibelikan rumah;terbeli 1. mampu (sanggup) membeli, sanggup dibeli; 2. tidak sengaja telah membeli sesuatu: ~ barang tiruan; 3. makan suap, menerima sogokan; belian 1. benda yg sudah dibeli: kita harus dapat menaksir berapa banyak barang dagangan patut dibeli utk bulan depan, supaya ~ tidak berlebihan; budak ~ hamba (yg dibeli); 2. = beli-belian bp membeli-beli, berbelanja; harga ~ bayaran barang pd masa membeli;pembelian 1. perihal (perbuatan) membeli: pembicaraan mereka beralih kpd ~ tanah; ~ dapur gas; 2. benda yg dibeli: tilam itu ~ ibunya;pembeli 1. orang yg membeli: ada ~ datang ke rumahnya utk membeli sayur-sayuran; 2. alat (wang dll) utk membeli: wang itu utk ~ makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.li] | بلي

Definisi : ; berbeli perlu atau dpt dibeli: Makan dan pakainya tidak pernah ~, semuanya disedekahkan orang. membeli mengambil barang dgn membayar harganya: Ia ke kedai hendak ~ buku. ~-belah membeli beberapa banyak jenis barang keperluan sehari-hari. membelikan membeli sesuatu utk: Ia ~ adiknya sepasang kasut kulit sbg hadiah. belian barang yg dibeli: harga ~ harga yg dibayar ketika membeli. pembelian perbuatan atau hal membeli: Pengusaha asing telah mengurus ~ getah di Malaysia. pembeli 1 orang yg membeli: Sungguhpun banyak ~ yg membayar tunai, tidak kurang pula yg berhutang. 2 sesuatu (spt wang) yg digunakan utk membeli: wang ~ buku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beli

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli.

Bermaksud :

Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Beli lukisan bermakna beli sejarah - YusofTiadaNona15 May 1995
"Beli emas dalam keadaan ekonomi tidak menentu" [wawancara bersama Prof. Dr. Bala Shanmugam]Muhammad Azli Shukri dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 November 2008
Beli tv sanggup kenapa tak sanggup beli buku?Hassan AhmadDewan Siswa1 December 1982
Haram Beli Produk IsraelTiadaDewan Masyarakat1 February 2009
Maybank Beli Bank Niaga di IndonesiaTiadaDewan Masyarakat1 January 2009
AmBank Beli MAA AssuranceTiadaDewan Masyarakat1 December 2008
"Macam Beli Kambing"Mohd. Shukri Mohd. AriffDewan Masyarakat1 October 2008
Pusat Beli-belah atau Pusat Membeli-belah?Abdul Ghalib YunusPelita Bahasa1 December 2001
Kempen beli barangan tempatan gagal?: masyarakat terlalu agungkanbarangan importShahriza SidinDewan Ekonomi1 December 1997
Petronas beli ekuiti MISCTiadaDewan Ekonomi1 September 1997
123

Kembali ke atas