Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); 2. pemuda; 3. golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg sudah akil baligh tetapi belum tua lagi; orang muda; pemuda atau pemudi: Persatuan Kelab ~ Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belia


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA

PERTUBUHAN GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA, pertubuhan belia.  Pertubuhan Gerakan Belia 4B Malaysia atau lebih dikenal dengan nama Gerakan Belia 4B, ditubuhkan pada 21 Ogos 1966 di Dewan Belia, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.  Pertubuhan ini merupakan salah sebuah daripada lebih kurang 30 pertubuhan belia di negara ini yang bergabung dan menganggotai Majlis Belia Malaysia (MBM).  Pertubuhan ini berdasarkan konsep gerakan dan pertubuhan belia di Amerika Syarikat yang terkenal dengan gagasan 4H Youth iaitu ‘Head’, ‘Heart’, ‘Health’ dan ‘Hand’.  Konsep ini disesuaikan bagi memajukan golongan belia di negara ini dan konsep 4B menjurus pada nilai-nilai positif, iaitu ‘Bersatu’, ‘Belajar’, ‘Bekerja’ dan ‘Berkhidmat’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
BELIA

BELIA, majalah mingguan belia (tulisan Jawi) yang diterbitkan di Singapura pada 8 April 1955 oleh Harmy, dan dicetak oleh Al-Ahmadiah Press.

SASTERAKonsep
DASAR BELIA NEGARA

Dasar Belia Negara, garis panduan bagi menyusun dan mengendalikan semua rancangan dan aktiviti belia di Malaysia. Dasar ini dibentuk pada 13 Disember 1985.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANDasar
WORLD ASSEMBLY OF MUSLIM YOUTH (WAMY)Pertubuhan belia antarabangsa.AGAMAInstitusi/Organisasi
ANUGERAH DUKE OF EDINBURGH

Anugerah Duke of Edinburgh ialah anugerah

bagi pembinaan sahsiah belia antarabangsa yang

mula-mula dicadangkan pada tahun 1954 oleh Duke

of Edinburgh, suami kepada Ratu Elizabeth II (lihat

Philip, Prince ).

UMUM 
ZAMAN

Zaman ialah istilah yang digunakan untuk

sebarang peringkat kehidupan seseorang, seperti

masa kanak-kanak, belia, dewasa, dan zaman tua.

UMUM 
ABIM

ABIM, sebuah pertubuhan Islam peringkat kebangsaan. ABIM ialah singkatan bagi Angkatan Belia Islam Malaysia. ABIM ditubuhkan pada tahun 1971, iaitu seiring dengan permulaan era kebangkitan Islam di Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MAYC

MAYC, pertubuhan belia yang terkenal di Malaysia.  MAYC ialah singkatan Malaysian Association of Youth Clubs (Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia).  Persatuan ini ditubuhkan pada tahun 1954.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
YAHYA SAMAHYAHYA SAMAH (1932-    ), penulis. Dia lahir pada 22 Mac 1932 di Hulu Kelang, Selangor.  Nama penuhnya ialah Yahya bin Abu Samah.  Dia juga menggunakan nama pena Yabas dalam penulisannya.  Yahya menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Hulu Kelang (1939-1947).  Kemudian dia menjadi guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1949-1952) dan Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai (1960-1962).  Mulai tahun 1967, dia berkhidmat pula dengan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.  Pada mulanya dia hanya menjadi pengarang Majalah Pemimpin, tetapi kemudiannya sebagai Pegawai Kebudayaan di Kuala Kubu Baharu dan sebagai Pengelola Kebudayaan Negeri Terengganu.  Sebelum bersara, dia pernah menjadi pengarang Majalah Gelanggang dan Pengurus Koperasi Belia Nasional (KOBENA).SASTERATokoh
GAPIM

GAPIM, persatuan penulis Islam. GAPIM ialah singkatan gabungan penulis Islam Malaysia. Persatuan ini ditubuhkan pada 30 Mei 1976 di Dewan Syarifah Radziah, Kampung Batu, Kuala Lumpur. Pengasas persatuan ini ialah sekumpulan penulis dan peminat sastera Islam yang sebahagian besarnya terdiri daripada aktivis belia dan pelajar daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Antara pengasas dan pendukung utama GAPIM termasuklah Osman Abu Bakar, Kamaludin M/ Zain, Ibrahim Ali, Surhadi Dasuki, Amaludin Darus, Baharuddin Latif, Ahmad Azam, Suhor Hussein, Anas K. Hadimaja, Nakhaie Haji Ahmad dan Abdul rahman Rukaini.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas