Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (bélon) 1. bola drpd getah tipis yg diisi dgn udara, digunakan sbg mainan kanak-kanak atau hiasan; 2. bola besar yg diisi dgn udara panas atau gas yg lebih ringan drpd udara utk dinaikkan dan diapungkan di udara, biasanya ada bakul besar utk membawa penumpang dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Id, bp belum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /bélon/ kantung atau sarung yg dibuat drpd getah tipis dsb serta diisi dgn gas yg lebih ringan drpd udara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belon


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni / belon-belon yang berwarna-warni 2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat / merata-rata tempat.

1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni.

2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa05.06.2010
Penjodoh bilangan untuk belon. Ayat:Se_______belon telah meletup. Apakah penjodoh bilangannya jika belon itu banyak dan talinya diikat? Adakah seikat belon atau segugus ? Terima kasih.Penjodoh bilangan yang betul ialah seikat belon.Lain-lain15.06.2009
Gabungkan ayat tunggal. a.Mizi menyertai acara meniup belon. b.Mizi menyertai acara terompah gergasi.(dan) Jwp .Mizi menyertai acara meniup belon dan (acara) terompah gergasi.@ Mizi menyertai acara meniup belon dan terompah gergasi. JAWAPAN YANG MANA SATU BETUL?Jawapan yang betul ialah "Mizi menyertai acara meniup belon dan terompah gergasi".Tatabahasa12.08.2014
apakah penjodoh bilangan bagi belon berisi udara yang bersaiz kecil? sebiji atau sebuah? terima kasih.Penjodoh bilangan yang sesuai untuk belon berisi udara yang bersaiz kecil ialah "biji". Contohnya, sebiji belon.Tatabahasa11.03.2022
Apakah istilah yang tepat dalam bahasa melayu bagi perkataan balloon artist?Cadangan padanan istilah bagi perkataan "balloon artist ialah pemilin belon atau pelentur belon.Istilah11.03.2022
Apakah terjemahan "envelope"(salah satu bahagian di dalam belon udara panas? TqPada pandangan kami, padanan terjemahan yang sesuai bagi istilah envelope  dalam anatomi sebuah belon udara panas ialah belon.Penyemakan dan penterjemahan11.03.2014
saya ingin memohon supaya menyemak 2 ayat di bawah ini samada ada kesalahan tatabahasa / struktur ayat atau lain-lain. 1) Ali membeli belon berwarna merah, kuning dan hijau. 2) Ali membeli belon berwarna merah, kuning, dan hijau. ada pandangan lain menerangkan bahawa : ayat 1 : Ali beli 2 belon sahaja iaitu merah dan satu lagi kuning dan hijau. ayat 2 : Ali beli 3 belon iaitu merah, kuning dan juga hijau. Ini agak mengelirukan saya, harap pihak tuan/puan boleh memberi satu penjelasan yang tepat. Sekian, terima kasih. Ms.ChanAyat yang betul ialah:

Ali membeli tiga belon yang berwarna merah, kuning dan hijau.

Terima kasih.

Tatabahasa21.08.2017
tuan, belon itu semakin _________apabila udara ditiup ke dalamnya. (memanjang, mengembang, membesar) tuan mana satu perkataan yang sesuai digunakan? tqBelon itu semakin mengembang apabila udara ditiup ke dalamnya. Tatabahasa20.09.2011
Adakah jawapan Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu boleh diterima dan Ali menyertai acara tiup belon boleh diterima?Ayat "Ahmad menyertai acara membawa bola pingpong dengan sudu" adalah betul dan ayat kedua "Ali menyertai acara tiup belon" dipinda menjadi  "Ali menyertai acara meniup belon".Tatabahasa23.06.2011
(A) Belon yang kembung itu boleh meloyang. (B) Tindakan yang tegas harus diambil terhadap murid-murid yang mengguris kereta cikgu-cikgu sekolah. Untuk ayat (A), apakah maksud perkataan "meloyang"? Untuk ayat (B), apakah maksud perkataan "mengguris"? Saya tidak dapat mencari kedua-dua perkataan dalam kamus.Kalau kedua-dua perkataan itu tidak wujud dalam BM, apakah perkataan yang sesuai digantikan?Perkataan meloyang dan mengguristidak ada dalam sumber rujukan kami. Perkataan yang betul seperti yang digariskan.
(A) Belon yang kembung itu boleh melayang.
(B) Tindakan yang tegas harus diambil terhadap murid-murid yang menggores kereta cikgu-cikgu sekolah.

Tatabahasa03.11.2015
12

Kembali ke atas