Sindrom kesakitan respirasi ialah suatu
penyakit paru-paru yang menyerang bayi pramasa.
Bayi seperti ini dilahirkan sebelum akhir tempoh
kehamilan sembilan bulan yang normal. Penyakit ini
mempunyai hubung kait dengan paru-paru bayi
yang belum cukup matang ini. Kerosakan pundi
udara di dalam paru-paru, menyebabkan kesesakan
atau kesukaran bernafas, dan dalam beberapa kes,
akan mati lemas. Sindrom kesakitan respirasi antara
penyebab utama kematian di kalangan bayi
pramasa. Walau bagaimanapun, penyakit ini
menyerang hanya sebilangan kecil sahaja bayi yang
dilahirkan selepas sembilan bulan kehamilan.