Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belum diproses


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sudah buat bayaran untuk iklan melalui online banking, tapi laman web (dbp sah bahasa) masih belum proses, kenapa minta I bayar sekali lagi???Pihak kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk makluman, iklan tuan/puan sedang diproses. Tuan/puan tidak perlu membuat bayaran sekali lagi.Lain-lain27.02.2018
Selamat pagi Tuan. Pada 09/06/15, kami membuat permohonan khidmat pengesahan bahasa bagi Papan Tanda Pusat Tuisyen kami. Malangnya, sehingga hari ini (150615) kami belum menerima sebarang maklumbalas dari pihak tuan. pada masa-masa lalu, kami mendapat maklumbalas pada hari itu juga dan perkhidmatan dbp amat efisen dan mengkagumkan. Kami rasa keliru kenapa tiada maklumbalas dari pihak tuan lagi. Kami amat berharap pihak tuan dapat bangkitkan perkara atau kesalahan, jika ada, dalam papan tanda kami supaya kami boleh betulkannya. Dilampirkan bersama, gambar papan tanda kami. Sekian terima kasih.Permohonan tuan telah diproses dan diluluskan. Sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk mencetak sijil kelulusan.Lain-lain15.06.2015
Permohonan Untuk mendapatkan Lesen Cawangan bago Perkhidmatan Travel & Tours

Untuk mendapatkan khidmat pengesahan bahasa Melayu dalam iklan daripada DBP, sila kemukakan permohonan tuan melalui Laman web dbpsahbahasa.my. Sekiranya tuan belum menpunyai akaun pengguna, sila klik pautan “Daftar Akaun” dan isi maklumat yang diperlukan. Selepas pendaftaran berjaya, sila semak e-mel dan klik pautan yang dihantar untuk mengaktifkan akaun. 

Mulakan proses pendaftaran dengan pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan). Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat atau yang berkaitan.  Pilih PBT dan klik “PILIH”. Pastikan jumlah bayaran RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format dan klik SIMPAN.

Tuan akan menerima makluman “Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya”. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.


Lain-lain31.01.2024
saya harap untuk pengesahan iklanUntuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 

Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. 
Terima kasih.


Lain-lain05.08.2021
Saya ingin meminta pengesahan pihak DBP berkaitan dengan papan iklan syarikat kami. Pengesahan pihak tuan diperlukan oleh Majlis Perbandaran Klang untuk pihak syarikat kami menaik kn papan iklan di premis baru. Terima kasih tuan.Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 



Lain-lain30.11.2021
KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI red one DIMILIKI OLEH:90 CODE TELESHOP(003247110-A)Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 

Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. 
Terima kasih.
Lain-lain01.12.2022
Ladang Kami ingin memasang Papantanda dan difahamkan kami perlu dapat kelulusan daripada DBP untuk permohonan tersebut sebelum kami lanjutkan permohonon ke pihak Majlis Daerah Bera. Bagaimana cara untuk buat permohonan tersebut?Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 

Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. 
Terima kasih.
Lain-lain18.03.2022
Saya ingin memohon pihak dewan bahasa untuk pengesahan bahasa papan nama kedai dan sijil pengesahanPERMOHONAN PENGESAHAN BAHASA MELAYU DALAM IKLAN 

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang dbpsahbahasa.my (pautan https://dbpsahbahasa.my/). Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pendaftaran) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung kepada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN.

Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

Untuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, sila daftar akaun melalui laman sesawang dbpsahbahasa.my (pautan https://dbpsahbahasa.my/) dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera.


Bagi iklan yang dilampirkan, mohon buat dulu pembetulan, seperti yang berikut:

i.          Sila lampirkan visual iklan bertaip komputer dalam satu bingkai untuk pengesahan sahaja, potong bahagian lain yang tidak berkaitan.

ii.         Logo pada sebelah kanan - sekiranya belum berdaftar dengan MyIPO sila daftar dahulu, ataupun betulkan kepada bahasa Melayu yang baik dan betul nahunya.

iii.        Nasi Ayam Big Bro’s - Adakah nama perniagaan/syarikat ini telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai tanda dagang (trademark)? Jika telah berdaftar, sila nyatakan No. SSM atau No. TM pada bahagian Maklumat tentang Iklan untuk rujukan kami dan jika belum berdaftar, sila gunakan nama yang telah berdaftar dengan SSM atau yang mempunyai tanda dagang sahaja. Bagi nama yang mempunyai tanda dagang, sila letak simbol ™ atau ® pada nama tersebut. Sekiranya tuan ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul atau buat dwibahasa (Melayu - Inggeris) dengan bahasa Melayu diutamakan dari segi saiz, kedudukan dan warna huruf.


Lain-lain21.02.2023
apakah perbezaan antara atur cara dengan tentatif?Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut:

atur cara
kata nama 1 senarai maklumat tarikh, masa, acara, tempat dsb mengikut urutan yang ditetapkan untuk sesuatu majlis: Susunan atur cara majlis perasmian orientasi terlalu padat.◊atur cara Sambutan Hari Kemerdekaan;

kata nama 2 kaedah atau aturan yang lazim atau sudah ditetapkan untuk melakukan sesuatu kerja atau urusan:penyelidikan yang mengikut tertib atau atur cara yang tepat dan positif;◊Harta benda kesatuan, selain kumpulan wang kebajikan tertakluk kepada atur cara sivil termasuk bagi mendapatkan wang yang terhutang.

kata nama 3 TMK jujukan arahan berkod yang diinput ke dalam komputer yang membolehkan arahan tersebut diproses;

tentatif

kata nama 1 atur cara atau jadual perjalanan sesuatu tugasan atau program, mis bengkel, ceramah atau seminar: Tentatif di atas boleh berubah bila-bila masa sahaja, tertakluk kepada pindaan yang dibuat oleh pihak penganjur.◊Berikut ialah tentatif perjalanan majlis penutup program tersebut.

kata adjektif 2 (berkenaan keputusan, hasil penyelidikan dan sebagainya) belum muktamad dan masih boleh diubah atau dipinda: Cadangan yang dihantar itu adalah tentatif.◊Pihak mereka memberikan tarikh tayangan tentatif di seluruh negara sepanjang tahun ini.

kata adjektif 3 (berkenaan langkah, teori, program dan sebagainya) sementara waktu sahaja: Jepun mengambil langkah tentatif ke arah memperbaik hubungan dengan Korea Utara.

Perbezaan antara dua kata ini adalah merujuk kelas/golongan kata dan makna dalam penggunaannya.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas