Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nar] | بنر

Definisi : 1 tidak salah; tidak keliru; betul: Hitungan yg dibuatnya itu ~. 2 amat; sangat, sungguh; sekali: Mahal ~ buku ini. membenarkan 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. kebenaran 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. pembenaran perbuatan atau hal membenarkan. sebenarnya 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar

Puisi
 

Kalau tuan memburu landak,
     Saya membeli batu berkati;
Kalau puan benar-benar hendak,
     Cuba-cuba meninggal laki.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Bulat segiling,
     pecak setapik.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

 

Lihat selanjutnya...(57)

428

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(16)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Benar-benarMd. Hidhir MohamedTunas Cipta1 January 2004
Rakyat Malaysia benar-benar celik TMKMohd Khairulanuar ManshorDewan Kosmik1 August 2008
Pelancongan Sudah Benar-benar Bersediakah Malaysia?Adib ImranDewan Budaya1 November 2001
Lambang Islam benar-benar toleranAzman Mohd NawiMilenia Muslim1 December 2006
Pastikan yang halal benar-benar halalJamil Khir BaharumDewan Masyarakat1 July 1998
Pastikan yang halal benar-benar halalBaharuddin AliDewan Masyarakat1 July 1998
Hubungan Malaysia-Singapura: sudahkah benar-benar pulih?Mohd. Tarmizi Mat ZinDewan Masyarakat1 April 1998
BenarOlivia Anak BabaiTunas Cipta1 January 2003
BenarBaferi SalimDewan Sastera1 April 1988
Benar Kata Lebai Minyak NyiurTiadaMutiara1 September 1957
123456

Kembali ke atas