Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar-benar

Puisi
 

Kalau tuan memburu landak,
     Saya membeli batu berkati;
Kalau puan benar-benar hendak,
     Cuba-cuba meninggal laki.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Bulat segiling,
     pecak setapik.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
....membeli barang yang benar-benar perlu sahaja atau ....membeli barang yang perlu benar-benar sahaja.Frasa yang betul ialah "membeli barang yang benar-benar perlu sahaja".Tatabahasa20.09.2013
pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. "Awak hendaklah memilih calon yang benar-benar layak menjadi pengerusi persatuan,"kata Cikgu Fadli A. Murid-murid hendaklah memilih calon yang benar-benar layak sahaja seperti yang diminta oleh Cikgu Fadhli. B. Cikgu Fadhli menasihati murid-murid memilih calon yang benar-benar layak menjadi pengerusi persatuan.Ayat yang tepat ialah  B. Cikgu Fadhli menasihati murid-murid memilih calon yang benar-benar layak menjadi pengerusi persatuan.Tatabahasa11.03.2015
Apa perbezaan antara "benar-benar" dan "betul-betul" dari segi penggunaannya? Apakah perbezaan antara "sebagai" dan "yang merupakan" dari segi penggunaannya? Terima kasih.

"Benar-benar" dan "betul-betul" secara umumnya mempunyai maksud yang bersinonim iaitu  1.  sangat benar, sangat betul 2. sungguh-sungguh,  3. sudah sempurna,    4. tepat benar: 5. dgn baik dan sempurna. Walau bagaimanapun perkataan tersebut boleh memberi maksud yang sama dan juga maksud yang berbeza berdasarkan konteks ayat. Contohnya: 
1) Saya betul-betul berasa lapar sekarang/ Saya benar-benar berasa lapar sekarang (bermaksud sangat lapar) 
2) Dia betul-betul berdiri di hadapan saya (membawa maksud kedudukan yang tepat) 
3) Dia benar-benar berdiri di hadapan saya. (membawa maksud jarak yang sangat hampir)
4) Kata-katanya itu benar-benar meninggalkan kesan di hatiku (nilai rasa - sangat terasa)

Manakala contoh penggunaan "sebagai" dan "yang merupakan" ialah: 
1) Sebagai seorang sahabat, dia sentiasa memberi semangat dan dorongan  kepada Aishah untuk pulih daripada penyakit kanser.  
2) Dialah yang merupakan sahabat terbaik yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Aishah untuk pulih daripada penyakit kanser.  


 

Tatabahasa28.04.2020
Perasaan Mak Limah benar-benar ( terluka , terharu ) dengan perbuatan anak-anaknya. Apakah jawapan yang paling sesuai ? Terima kasih..Perasaan Mak Limah benar-benar terluka dengan perbuatan anak-anaknya. Terluka bermaksud perasaan yang sakit, pedih kerana kecewa.Tatabahasa24.09.2009
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya hendak tanya ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.    Tatabahasa02.02.2010
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.    Tatabahasa02.02.2010
Tuan yang arif, Mohon khidmat nasihat daripada Tuan, kata ganti diri yang manakah paling sesuai: 1. Perbualan antara Tengku Alam dengan Tengku Mat dan Tengku Nong: a) "Hamba benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. b) "Patik benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. c) "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. Perbualan antara Panglima Besar Sancu dan Tengku Nong: a) "Apa yang hamba dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" b) "Apa yang beta dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" c) "Apa yang patik dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. Perbualan antara Tengku Alam dan Panglima Besar Sance a) "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. b) "Tengku jangan bimbang kerana hamba sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. 4. Perbualan antara Tengku Nong dan Tengku Alam a) "Tuan hamba rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. B) "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam.1.  "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti beta hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam.

2. "Apa yang patik dapat sekiranya patik membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?"

3. "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu dengan yakin.

4. "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong was-was dengan rancangan Tengku Alam.
Tatabahasa23.04.2013
Assalamualaikum tuan, saya ingin tahu adakah betul penggunaan "dari" dalam ayat ini. "Berapa ramai yang benar-benar menelusuri ibrah dari Perang Badar ini? Oleh itu, kami ini akan menekankan tentang serba sedikit ibrah dari kisah Ahli BadarAyat yang betul ialah "Berapa ramaikah yang benar-benar menelusuri ibrah daripada Perang Badar ini? Oleh itu, kami akan menekankan serba sedikit tentang ibrah daripada kisah Ahli Badar."Tatabahasa23.07.2021
Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya". [Betulkah begini?]

Sila jelaskan soalan saudara.

Lain-lain17.11.2011
adakah perkataan genovasi (generasi + inovasi) benar-benar ada dalam bahasa melayu?merujuk kepada Kmus Dewan Edisi Keempat, tiada istilah "genovasi".Istilah28.05.2013
12345678910...

Kembali ke atas