Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar-benar ada

Puisi
 

Encik Daud pulang dari pekan,
     Sampai hilir mudik ada;
Benar diraut yang mana ikan,
     Di mana pokok di situ ada.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Mana ada buluh tidak berbuku?

Bermaksud :

Tak ada sesuatu yang sempurna benar.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan genovasi (generasi + inovasi) benar-benar ada dalam bahasa melayu?merujuk kepada Kmus Dewan Edisi Keempat, tiada istilah "genovasi".Istilah28.05.2013
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya hendak tanya ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.    Tatabahasa02.02.2010
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang bersatu padu. 2. Sekolah pelbagai aliran sekarang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu. Info: Bersatu padu bermaksud bersatu benar-benar. Sekian, wassalam.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersatu padu ditakrifkan sebagai bersatu benar-benar. Oleh itu, ayat yang betul ialah ayat yang pertama. Ayat kedua berunsur lewah kerana ada perulangan perkataan benar-benar sedangkan bersatu padu sudah memadai dan mencapai maksud ayat tersebut.    Tatabahasa02.02.2010
Salam, saya benar-benar tidak faham adakah para pegawai membaca soalan sebelum menjawab, Ini bukan kali pertama perkara ini terjadi. Lain ditanya lain dijawab. Pada 19/05/2026, saya bertanya. Mohon penjelasan tentang penggunaan "kemaskinian". Adakah penggunaan perkataan ini boleh diterima kerana masukan ini tiada dalam kamus. Jawapan yang diberikan: Perkataan yang betul ialah pengemaskinian. Saya bukan tanya tentang perkataan yang betul. Saya tanya tentang "kemaskinian" bolehkah diterima. Perkataan ini digunakan oleh PRPM sendiri, sila cari "kemaskinian sistem" dalam PRPM ada masukan yang dimaksudkan, jika salah, mohon penjelasan sebab masukan itu ada dalam PRPM. Perkataan ini juga semakin kerap digunakan dalam laras teknologi. Carian Google yang ringkas boleh menemukan banyak maklumat tentang penggunaan perkataan ini. Perkataan ini semakin digunakan sebagai Kata Nama dalam banyak laras. Mohon pegawai baca dan fahamkan dahulu sebelum menjawab soalan. Ini benar-benar mengecewakan.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, tiada kata terbitan “kemaskinian”. Walau bagaimanapun, padanan istilah “system update” dalam bidang komputer ialah  pengemaskinian sistem atau kemaskinian sistem. Oleh itu, frasa kemaskinian sistem hanya boleh digunakan dalam bidang komputer sahaja. Ejaan25.05.2026
Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya". [Betulkah begini?]

Sila jelaskan soalan saudara.

Lain-lain17.11.2011
Selamat tengah hari. Sekadar ingin bertanya. Adakah ejaan perkataan "lembab" (lambat berfikir) telah digantikan dengan "lembap"? Jika benar, ada baiknya pihak tuan mengubah entri di dalam DBP tersebut (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lembab). Teruskan usaha murni DBP. Terima kasih. Yang benar, HamdanData kami menyenaraikan maklumat daripada pelbagai sumber seperti Kamus Dewan dan Kamus Pelajar. Bagi mendapatkan maklumat yang sahih, kami mencadangkan tuan mengambil maklumat daripada Kamus Pelajar. Merujuk Kamus Pelajar, lembab bermaksud lambat berfikir. Lembap pula membawa banyak maksud, antaranya tidak cekap atau tidak cergas dalam menjalankan tugas dan melaksanakan pekerjaan. Tidak ada maksud yang benar-benar sama bagi kedua-dua perkataan tersebut.Tatabahasa09.12.2014
Tuan, bagaimana tanda baca dalam teks yang ada mutiara kata seperti berikut? Adakah menggunakan tanda petik dua atau tanda petik tunggal? Bagaimana kedudukan tanda petik itu, adakah sebelum noktah atau selepas noktah: Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya".Penggunaan tanda baca yang betul - Saya benar-benar percaya kebenaran kata-kata mutiara "semua yang berlaku itu ada sebabnya".Ejaan17.11.2011
‎"berbanding" atau "berbanding dengan"? Rujukan pangkalan data PRPM telah dibuat, dan hasilnya bercanggah. Jadi, mohon kepastian yang benar-benar muktamad tentang kes ini sebab kalau tak silap, "berbanding" berbeza daripada "berkaitan", "berhubung" atau "berhampiran" yang semua tiga perkataan ini memerlukan "dengan" di belakang. Lebih baik jika jawapan disokong dengan keterangan ilmiah supaya dapat kami gunakan untuk menjawab persoalan, percanggahan atau kekeliruan daripada pelanggan kami. Kami ingin menyelaraskan penggunaannya dalam dokumen dan buku terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (ITBM) Sekian, terima kasih.Berbanding membawa beberapa maksud yang membezakan penggunaannya dalam ayat. Apabila berbanding membawa maksud dibandingkan kata dengan mesti hadir selepasnya, seperti penduduk daerah ini bertambah berbanding dengan tahun lalu; dan apabila membawa maksud ada bandingnya (taranya) kata dengan tidak perlu hadir selepasnya, seperti kebaikannya tiada berbanding.Tatabahasa09.07.2012
Astro AWANI baru-baru ini ada meuar-uarkan beberapa perkataan ICT, salah satunya adalah "kawasan khas" yang bermaksud hotspot dalam bahasa Inggeris. Adakah perkataan kawasan khas ini benar-benar merujuk kepada kawasan yang menerima capaian Internet atau hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada kawasan khas yang fizikal/zahir?Assalamualaikum,
Merujuk kepada kawasan khas di sini ialah kawasan yang boleh menerima capaian Internet yang disediakan oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
Sekian terima kasih
Makna22.11.2017
Tuan, saya memaklumi bahawa adanya perkataan "memperkawani", tetapi mengapakah saya tidak menjumpai kata "memperkawani" dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua? Adakah kata "memperkawani" benar-benar wujud dalam bahasa Melayu?Tuan/Puan, setelah merujuk Bahagian Perkamusan, saya dimaklumkan bahawa tiada perkataan "memperkawani" dalam bahasa Melayu atau dalam Kamus Dewan.  Yang ada hanya perkataan "memperkawan" yang bermaksud berkawan dengan seseorang atau "memperkawankan" yang bermaksud menjadikan seseorang kawan kepada seseorang yang lain.Makna10.01.2015
12345678910...

Kembali ke atas