Mohon istilah yang betul bagi : Brinkman type fluid Istilah yang digunakan sekarang adalah: Bendalir jenis Brinkman | Brinkman jenis bendalir sekiranya tuan ingin menerangkan Brinkman ada pelbagai jenis, dan Jenis bendalir Brinkman sekiranya dalam Brinkman ada bendalir. Ketepatan istilah bergantung kepada konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 30.01.2014 |
Salam 1Malaysia, Tuan, Mohon bantuan. Saya sedang menyemak perkataan inggeris "Fluid" untuk diterjemahkan kepada bahasa melayu. Melalui carian kata, ia bermaksud Bendalir. Adakah sesuai jika digunakan untuk ayat berkenaan:- "Percuma Isian Semula Bendalir Pelincir" Bantuan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk "fluid" ialah bendalir. Oleh itu, istilah "bendalir" boleh digunakan dalam ayat yang diberikan. | Istilah | 02.10.2013 |
Assalamualaikum, Saya nak tanya tentang ejaan. Yang manakah betul: Amniosintesis @ Amniosentesis? | Istilah sasar bagi amniocentesis ialah amniosentesis dalam bidang perubatan atau biologi yang bermaksud Kaedah penebukan kantung amnion untuk mendapatkan sampel cecair amnion atau pensampelan bendalir amnion untuk diagnosis antenatal bagi mengesan kerosakan kromosom pada fetus. | Ejaan | 23.07.2019 |
Soalan daripada pengikut FB DBP - "Saya ingin menanyakan terjemahan tepat bagi istilah "fracking". Istilah ini belum ada dalam carian DBP. Terima kasih". Terjemahan inggeris bagi fracking adalah "the process of injecting liquid at high pressure into subterranean rocks, boreholes, etc. so as to force open existing fissures and extract oil or gas". | Tiada maklumat dalam data pangkalan kami. Walau bagaimanapun, terdapat maksud yang sama, iaitu "fracturing" yang diterjemakan kepada "Peretakan". Dalam bidang kejuruteraan, "Sand fracturing" (peretakan hidraulik) bermaksud kaedah menghasilkan retakan pada formasi dengan menyuntik bendalir yang mengandungi pasir bertekanan tinggi.
| Lain-lain | 09.04.2018 |