Ais ialah air yang beku. Suhu sejuk menyebabkan
ais terbentuk di tasik dan sungai, dan di atas jalan
dan laluan jalan kaki yang basah. Salji, hujan beku,
fros, dan hujan air batu ialah ais, begitu juga
glasier. Ais terjadi apabila suhu air tulen jatuh
kepada 0°C. Suhu ini dikenali sebagai takat beku
bagi air. Ia juga dirujuk sebagai titik ais, satu
daripada dua titik tetap pada termometer. Air yang
mengandungi bendasing, seperti alkohol, garam,
atau gula, membeku pada suhu lebih rendah
daripada air tulen. Bendasing yang sedemikian
boleh ditambah pada air untuk mengelakkannya
daripada membeku. Apabila bendasing dicampur
pada ais, ia menyebabkan ais cair.