Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Laksana lemping terbuang.

Bermaksud :

Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)

132

Between a rock and a hard place

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. perasaan takut dan seram (berada di tempat gelap atau sunyi).Bilo ambo tahu bilek ambo tu bratu, braso ra diri bulu tekok.[bi.l Am.b tA.hu bi.le/ Am.b tu bÄA.tu bÄA.s ÄA) d:i.Äi bu.lu t«.k/]Apabila saya tahu bahawa bilik saya tu berhantu, saya rasa seram dan berdiri bulu tengkok.
kehek[kE.hE/]kata kerjameluahkan sesuatu yang berada di dalam mulut.Adek kehek abih nasi hok ado dale mulok diyo.[A.dE/ kE.hE/ A.bih nA.si/ h/ A.d dA.lE mu.lo/ di.j]Adik meluahkan semua nasi yang ada di dalam mulutnya.
parok I[p:A.č/]kata kerjaterserempak.Maso dok dale ute takdi, ambo parok denge rima.[mA.s do/ dA.lE u.tE tA/.di Am.b p:A.č/ d«.NE Äi.mA]Semasa berada di dalam hutan tadi, saya terserempak dengan harimau.
kesik[k«.si/]kata adjektifberkenaan perasaan sepi, sunyi.Diyo raso kesik kalu dok dale bilek sore.[di.j ÄA.s k«.si/ kA.lu do/ dA.lE bi.le/ s:.ÄE]Dia rasa sunyi kalau berada di dalam bilik berseorangan.
cotek[tS:.tE)/]kata namakedudukan yang paling tinggi dan jelas, puncak; potek.Budok jate tu dok cotek atah pohong nyo.[bu.d/ dZA.tE tu do/ tS:.tE)/ A.tAh p.hoN ø]Budak lelaki tu berada di puncak pokok kelapa.
   2. orang-orangan, orang-orang.Kaye tengoh pade tu, kalu tengok jauh srupo ore doh-doh.[kA.jE t«.Nh pA.dE tu kA.lu tE.N/ dZAoh sÄu.p .ÄE dh.dh]Orang-orangan yang berada di tengah padang tu, kalau dilihat dari jauh nampak seperti orang.
tembok[t:«m.b/]kata kerjaberjumpa (secara tiba-tiba), bertembung, bertemu, terjerempak.Maso dok dale ute takdi, mung tok tembok denge rima ko?[mA.s do/ dA.lE u.tE tA/.di muN t/ t«m.b/ d«.NE Äi.mA k]Semasa berada di dalam hutan tadi, kamu tak bertembung dengan harimaukah?
ngiyak[N:i.jA/]kata kerjamenggerakkan badan dalam air supaya tidak tenggelam.Ambo tok brani gi tepak ae dale, pasa tok panda ngiyak.[Am.b t/ bÄA.ni gi t«.pA/ Ae dA.lE pA.sA t/ pAn.dA N:i.jA/]Saya takut berada di tempat air dalam kerana tak pandai menggerakkan badan supaya tidak tenggelam.

Kembali ke atas