Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Laksana lemping terbuang.

Bermaksud :

Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)

132

Between a rock and a hard place

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan, Adakah perkataan "berada" boleh digunakan untuk sesuatu tempat? Contoh: 1.Seremban 'berada' di Negeri Sembilan. Jika atas peta pula bagaimana? Contoh: 1.Seremban 'berada' di paksi mencancang. 2.Tasik Bera 'berada' di paksi-x. Mohon pencerahan daripada pihak Tuan. Sekian, terima kasih.Perkataan "berada" boleh digunakan dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun ayat pertama perlu dibetulkan seperti berikut: Seremban berada di paksi-Y.Tatabahasa15.07.2019
Assalamualaikum, Ayat seru yang manakah betul? 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada!1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! Kedua-dua ayat ini betul.Tatabahasa16.10.2012
Berada di pihak yang salah atau Berada pada pihak yang salah?Berada di pihak yang salah.Tatabahasa21.09.2011
kebiasaannya diftong berada di belakang sesuatu perkataan.bolehkah diftong berada di tengah atau depan sesuatu perkataan.kenapa?Diftong boleh berada di hadapan dan tengah terutamanya bagi kata pinjaman seperti oidium, audit dan tesaurus.Tatabahasa02.03.2013
Tuan DBP, ayat manakah betul? 1. Berhati-hati dengan kereta semasa berada di jalan raya. 2. Berhati-hati akan/kepada kereta semasa berada di jalan raya. 3. Berhati-hati terhadap kereta semasa berada di jalan raya. Walaupun ayat yang lazim digunakan masyarakat ialah ayat (1), iaitu dengan penggunaan kata sendi nama "dengan", tetapi saya maklum bahawa kata sendi nama "dengan" bermaksud "bersama-sama", jadi, ayat (1) akan bermaksud: Berhati-hati bersama-sama kereta semasa berada di jalan raya. Maksudnya, seseorang disuruh berhati-hati bersama-sama kereta semasa seseorang dan kereta berada di jalan raya. Salah! Kereta bukan manusia, jadi tidak dapat membuat sesuatu aktiviti bersama dengan kita, jadi ayat (1) salah. Ayat (2) dan ayat (3) saya rasakan dapat diterima sebagai ayat betul. Apakah pandangan tuan?Pandangan tuan betul, ayat kedua dan ketiga lebih gramatis dan tepat dari aspek makna. Walau bagaimanapun ayat pertama telah mantap dan banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Untuk tujuan pepriksaan, sila rujuk guru di sekolah tuan.Tatabahasa31.01.2015
Antara berikut manakah yang betul: Saya berada jauh dari anda atau saya berada jauh daripada anda?Saya berada jauh daripada anda.Tatabahasa27.11.2007
Kata Pemeri "adalah" tidak boleh berada diawalan sesuatu frasa, adakah ini betul? Kata Hubung seperti "dengan" boleh berada diawalan sesuatu frasa, adakah ini betul? Bagaimana pula kata "segala"?1. Kata pemeri " adalah" tidak boleh berada/hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja, contohnya " Adalah diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok" .  (2) Kata hubung " dengan" boleh berada /hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja, contohnya "Dengan ini diberitahu bahawa sekolah akan ditutup esok". (3) kata "segala" ialah kata bilangan tak tentu dan boleh digunakan di hadapan frasa kerja atau kata kerja.Tatabahasa13.03.2019
Ayat yang manakah betul? A) kegawatan ekonomi berada pada tahap yang membimbangkan B) kegawatan ekonomi berada di tahap yang membimbangkanAyat yang betul ialah Kegawatan ekonomi berada pada tahap yang membimbangkan.Makna07.03.2012
Salam sejahtera. 1. Manakah lebah berada di bawah bunga? 2. Lebah manakah berada di bawah bunga? Manakah satu bentuk soalan yang mengguna hukum bahasa dengan betul? Adakah "Manakah" mesti diletak di bahagian depan sekali ?Ayat yang betul, Manakah lebah yang berada di bawah bunga?
Tatabahasa05.12.2017
Yang manakah yang paling tepat: a) Dua patung itu berada di kedudukan yang salah. b) Dua patung itu berada pada kedudukan yang salah.Ayat yang gramatis ialah "Dua patung itu berada pada kedudukan yang salah".Tatabahasa26.08.2011
12345678910...

Kembali ke atas