Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada

Peribahasa

Laksana lemping terbuang.

Bermaksud :

Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah.Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Laksana lemping terbuang.Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berani kerana benar, takut kerana salah.Bertindak kerana berada di pihak yang benar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Majlis di tepi air, merdesa di perut kenyang.Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya. majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas