Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.da]/[ber.a.da] | براد

Definisi : 1 hadir atau ada (di): Ketika peristiwa itu berlaku, saya ~ di Kota Bharu. 2 berharta; kaya: Drpd lagak dan pakaiannya, dia pasti anak orang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Laksana lemping terbuang.

Bermaksud :

Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. lemping = sejenis kuih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
galebadaiSains MarinTiadaAngin yang berada dalam julat kelajuan 63-87 km/jam. Pada tahun 1986, Pusat Kajian Ribut Tropika Kebangsaan menggunakan istilah ini untuk angin ribut tropika yang berada di kawasan pantai yang berkelajuan 61-117 km/jam. Kaedah utama yang biasa digunakan untuk mengukur angin kencang ialah skala Beaufort yang mendefinisikan angin badai sebagai angin yang berada dalam julat 50-102 km/jam. Pada skala angin Beaufort, badai dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: 7 (badai sederhana 32-38 batu/jam); 8 (badai baharu 39-46 batu/jam); 9 (badai kuat 47-54 batu/ jam); dan 10 (ribut/badai keseluruhan 55-63 batu/jam). Badai juga dikategorikan berdasarkan kod nombor seperti yang berikut: (0: tenang; 1: udara ringan; 2: angin tenang bahasa; 3: angin sepoi; 4: angin sederhana; 5: angin laju sederhana; 6: angin kuat; 11: ribut ganas, dan 12: ribut siklon tropika).
emerged planttumbuhan timbulPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan air yang sebahagian daripada batang dan akarnya berada di dalam air dan sebahagian besar tumbuhannya berada di luar air. Contoh tumbuhan timbul ialah pegaga, teratai, Anubias sp., Cryptocoryne sp. dan Echinodorus sp.
anterioranteriorSains SukanBiomekanikBerkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian hadapan jasad. Contohnya, dahi berada di bahagian anterior tengkorak, manakala patela berada di bahagian anterior sendi lutut.
crossed diplopiadiplopia silangSains KesihatanTiadaImej berganda binokular yang terhasil apabila imej mata kiri kelihatan berada di sebelah kanan dan imej mata kanan kelihatan berada di sebelah kiri medan penglihatan.
uncrossed diplopiadiplopia tak silangSains KesihatanTiadaImej berganda binokular yang terhasil apabila imej mata kiri kelihatan berada di sebelah kiri dan imej mata kanan kelihatan berada di sebelah kanan medan penglihatan.
plane-polarized lightcahaya terkutub satahKimiaKimia AnalisisCahaya (gelombang elektromagnet) yang vektor elektrik berada dalam satu satah sahaja yang disebut satah getaran, yang mengandungi arah perambatan, manakala vektor magnetnya berada dalam satah yang bersudut tepat (satah pengutub) terhadap satah getaran.
compression rationisbah mampatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaIsi padu silinder enjin atau kebuk pembakaran apabila omboh berada pada kedudukan pusat mati bawah (BDC) dibahagi dengan isi padu apabila omboh berada pada kedudukan pusat mati atas (TDC).
hellaflush tyretayar kangkangKejuruteraan AutomotifTiadaTayar yang berada pada kedudukan terkeluar daripada ruang roda yang sepatutnya kerana pemilik kenderaan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar tersebut sehingga menyebabkan tayar itu perlu ditarik ketika dipadankan pada rim dan berada dalam posisi senget atau condong. Tujuannya adalah untuk merendahkan kenderaan sehingga tayar tersebut kelihatan seperti terkangkang. Penggunaan tayar kangkang pada kenderaan boleh menjejaskan kecekapan tayar ketika membrek, terutama pada permukaan yang basah dan mengurangkan jangka hayat tayar.
hellaflush tyretayar kangkangKejuruteraan AutomotifTiadaTayar yang berada pada kedudukan terkeluar daripada ruang roda yang sepatutnya kerana pemilik kenderaan menggunakan rim yang lebih lebar daripada tayar tersebut sehingga menyebabkan tayar itu perlu ditarik ketika dipadankan pada rim dan berada dalam posisi senget atau condong. Tujuannya adalah untuk merendahkan kenderaan sehingga tayar tersebut kelihatan seperti terkangkang. Penggunaan tayar kangkang pada kenderaan boleh menjejaskan kecekapan tayar ketika membrek, terutama pada permukaan yang basah dan mengurangkan jangka hayat tayar.
dependencykebergantunganSains PolitikPolitik PerbandinganSituasi sesebuah negara yang bersandar kepada negara lain kerana berada di bawah pengaruh negara tersebut atau kerana terpaksa. Kebergantungan biasanya berlaku dalam konteks pembangunan ekonomi-politik di sesebuah negara. Negara yang baru merdeka atau sedang membangun akan berada dalam situasi ini untuk membangunkan ekonomi-politik negara mereka. Dalam hal ini, mereka akan memohon bantuan modal, kepakaran, teknologi atau pasaran dari negara maju seperti Amerika Syarikat, Great Britain dan Jepun. Di sebalik persetujuan negara maju untuk membantu, pelbagai syarat dikenakan seperti perkongsian keuntungan, pembelian produk dengan harga yang rendah dan penyusunan semula sistem politik. Keadaan ini menjadikan negara yang bergantung tersebut akan berterusan dikuasai oleh negara maju. Fenomena ini menyebabkan negara yang bergantung bukan menjadi semakin maju tetapi bertambah mundur dan tertekan. Kebergantungan ini disuarakan oleh pemikir Marxist seperti A.G. Frank, Cardoso, Hamza Alavi, Samir Amin dan Immanuel Wallerstein.
12345678910...

Kembali ke atas