Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.rang] | برڠ

Definisi : (bérang) marah (yg amat sangat), gusar: ia masuk dgn muka yg ~; Hasyim membentak dgn ~;memberang menjadi sangat marah: tidak diduga sama sekali abangnya akan ~ begitu rupa; memberangi memarahi;keberangan perasaan marah yg amat sangat, kegusaran: dia terketar-ketar ~;pemberang pemarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.rang] | برڠ

Definisi : ; berang-berang nama sj binatang yg suka makan ikan; anjing air, Lutra sumatrana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.rang] | برڠ

Definisi : /bérang/ perasaan marah yg amat sangat: Dia menjawab pertanyaan orang itu dgn ~. memberang menjadi sangat marah: Mula-mula mereka bergurau, kemudian sama-sama ~, akhirnya mereka bertumbuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berang


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAIR KUPU-KUPU

SYAIR KUPU-KUPU, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Ada beberapa buah syair yang diberi judul Syair Kupu-kupu. Syair Kupu-kupu (Schoemann V 40) yang tersimpan di perpustakaan di Berlin mengisahkan cinta kupu-kupu pada biring-biring/berang-berang. Setelah gagal beberapa kali, akhirnya dia berhasil mendapat kekasihnya. Isi syair ini sama dengan Syair Berang-Berang (MS Malay 2 (R) ) yang disimpan di Bodleain Library, Oxford.

SASTERAKonsep
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DITERENGGANU

BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DITERENGGANU, bahasa Melayu yang terpahat pada batu yang ditemui di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu.

BAHASAKonsep
DIALEK MELAYU HULU TERENGGANUDIALEK MELAYU HULU TERENGGANU, dialek yang dituturkan oleh penduduk lebih kurang 60 buah kampung di Hulu Terengganu sebagai bahasa ibunda mereka. Kesemua kampung itu terletak di Lembangan Sungai Terengganu, iaitu di bahagian hulu kampung Kuala Telemong. Selain penutur dialek Hulu Terengganu (DHT), di daerah Hulu Terengganu itu terdapat juga penutur dialek lain, terutamanya di Kuala Berang, dan di Mukim Penghulu Diman, yang sebenarnya terletak di kawasan sistem pengairan Sungai Marang, bukan Sungai Terengganu. BAHASABahasa
MAT SALLEH YUSOF

MAT SALLEH YUSOF (   ?  -  ?    ), pemimpin tempatan yang terlibat dalam gerakan tani menentang British.  Dia ialah Penghulu Kampung Pasir Nyior, Kuala Berang, Terengganu.  Dia terlibat dalam gerakan menentang peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British yang campur tangan dalam pentadbiran Terengganu.  Pada 22 April 1928, lebih kurang 400 orang yang bersenjatakan keris, lembing, tombak dan senapang berkumpul di halaman rumah Mat Salleh.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KESULTANAN TERENGGANU

KESULTANAN TERENGGANU, institusi kerajaan Terengganu. Kesultanan Terengganu yang wujud pada hari ini diasaskan oleh Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Padang Saujana Johor. Buku Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji mencatatkan Tun Zainal Abidin diabsahkan di atas takhta kerajaan Terengganu pada tahun 1726 oleh Raja Tua atau Daeng Menampuk dengan titah Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor. Buku Sejarah Darul Imam Hingga 1361H. = 1942M. karangan Dato' Haji Muhammad Salleh yang berdasarkan tulisan lama Terengganu, mencatatkan Tuan Zainal Abidin ditabalkan sebagai Sultan Terengganu oleh Raja Mas Jayam Patani pada tahun 1702. Baginda diiringi oleh 80 keluarga dari Patani dan ditabalkan di Tanjung Baru, Kuala Berang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SHAFIE ABU BAKAR

SHAFIE ABU BAKAR (1942-     ), penyair dan pengkaji  kesusasteraan Islam.  Dia lahir pada 27 Mei 1942 di Kampung Nyiur, Paka, Terengganu.  Shafie mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Nyiur, Paka (1949-1956).  Kemudian dia mendapat pendidikan di Madrasah Islahiah dan Sekolah Arab Kuala Berang.  Dia lulus Sijil Thanawi (1962) dari Madrasah Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Shafie pernah bertugas sebagai guru agama di Sekolah Menengah Agama, Terengganu (1963-1970).  Kemudian dia melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (1974).  Pada tahun 1977, dia memperoleh ijazah Sarjana Persuratan.  Pada tahun 1991, Shafie mendapat ijazah Doktor Falsafah.  Shafie pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, UKM.

SASTERATokoh

Kembali ke atas