Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bon.dong.bon.dong] | بربوندوڠ-بوندوڠ

Definisi : berduyun-duyun: penumpang-penumpang ~ naik ke geladak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bon.dong.bon.dong] | بربوندوڠ-بوندوڠ

Definisi : bergerak beramai-ramai; beruntun-runtun; berduyun-duyun: Para penumpang ~ naik ke gerabak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbondong-bondong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikan makna untuk membezakan maksud perkataan berbondong-bondong dan berduyun-duyun.Berbondong-bondong dan berduyun-duyun mempunyai makna yang sama iaitu (datang, pergi, dsb) beramai-ramai dan tidak putus-putus.Makna04.09.2006
Orang ramai ...... pergi ke pasar tani itu pada setiap hari minggu. Antara 'berpusu-pusu' dan 'berbondong-bondong' yang mana paling sesuai dijadikan jawapan untuk soalan di atas.Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu , kedua-duanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai. Kedua-duanya sesuai bagi konteks ayat tersebut.Tatabahasa08.08.2012
selepas menyaksikan persembahan sambutan Maal Hijrah orang ramai ____ keluar dari Stadium Bukit Jalil. soalan saya ialah jika pilihan jawapan ada berbondong-bondong dan berpusu-pusu, yang manakah harus dipilih sedangkan kedua-dua jawapan mempunyai maksud yang sama iaitu berduyun-duyun? yang manakah lebih tepat dan mengapa???Secara umumnya kedua-duanya boleh digunakan disebabkan mempunyai makna yang sama, ataupun disebut sebagai sinonim. Kedua-duanya mempunyai konotasi yg sama. Sebagai contoh lain: Kelihatan kereta di atas jalan raya itu bertali arus sejak petang tadi. Frasa bertali arus digunakan bagi menggambarkan keadaan kenderaan yang  banyak dalam keadaan bergerak.Kalau kita bandingkan antara frasa berbondong-bondong, berpusu-pusu dan bertali arus, semuanya menggambarkan keadaan yang sama, iaitu tentang keadaan orang yang terlalu ramai dan bilangan kenderaan yg banyak. Tidak salah menggunakan frasa berbondong-bondong dan berpusu-pusu tersebut. T.kasih. Makna06.08.2008
SOALAN 1 Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 4:08pm Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegas JAWAPAN DARIPADA DBP Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jul 10th, 8:43am Suasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. Terima kasih SOALAN DITANYA SEMULA Ahmad Aiman Nordin Jul 11th, 1:08pm Tuan...bolehkah tuan bagi pencerahan knpa jawapan A?senang jika anak.murid sya bertanya...saya ada bertanya kepada beberapa orang munsyi bahasa...ada yang menjawab A dan C...Suasana di pantai hiruk-pikuk tatkala orang ramai berduyun-duyun ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa11.07.2015
Ahmad Aiman Nordin Jul 8th, 12:23pm Mohon prncerahan pihak tuan dengan segera.. Suasana di pantai ________ tatkala orang ramai _________ ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai. A.hingar-bingar...berasak-asak B.kucar-kacir....berbondong-bondong C.hiruk-pikuk...berduyun-duyun D.kelam-kabut....bergegas-gegasSuasana di pantai hingar-bingar tatkala orang ramai berasak-asak ke situ untuk melihat sekujur mayat yang baru dijumpai.Tatabahasa08.07.2015
1. (terjebak dalam/ terjebak dengan) Manakah satu yang betul? 2. Adakah "merubah" sama dengan "mengubah" dan bolehkah kedua-dua perkataan ini digunakan dalam konteks ayat yang sama? 3. Apakah perbezaan antara "tatkala" dengan "apabila"? 4. (berpusu-pusu/ berduyun-duyun/ berbondong-bondong) Apakah perbezaannya? Bolehkah anda berikan contoh ayat untuk setiap perkataan? Selain itu, kalau boleh, berikan sebab-sebab anda memilih jawapan anda. Terima kasih saya ucapkan.

1. Kedua-duanya boleh digunakan pada maksud yang sesuai.

2. Ya, boleh. Kerana antara makna merubah ialah 'mengubah'.

3. Tatkala: ketika (itu), pd masa (itu), wakdontu (itu). Apabila: semasa, sewaktu, ketika, bilamana, apakala

4. kesemuanya membawa maksud yang sama.

Lain-lain07.08.2009
Mana pilihan yang sesuai Para penonton (berasak-asak atau berduyung-duyung)ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan SelangorMenurut Kamus Dewan Edisi ke-4, berasak-asak bermaksud  berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), manakala berduyun-duyun (bukan berduyung-duyung) pula bermaksud beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong (datang, pergi dan sebagainya). Oleh itu dalam contoh ayat di atas, kedua-dua perkataan berasak-asak dan berduyun-duyun boleh digunakan dengan membawa maksud yang berbeza.Makna09.02.2009

Kembali ke atas