Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.buah] | بربواه

Definisi : 1. mempunyai buah, menghasilkan buah: rambutan saya sudah ~; 2. ki memberi hasil (akibat dll): kahwin yg tidak bersehaluan itu tidak ~ elok; 3. berbintil-bintil halus (pd rambut kerana tidak dikeringkan dgn baik); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.buah] | بربواه

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek), akar meroyan jantan (paya), Dissochaeta celebica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.buah] | بربواه

Definisi : ada buahnya; mengeluarkan buah: Pohon rambutan saya sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuah

Puisi
 

Lagi berbuah lagi berduri,
     Itulah nama asam paya;
Lagi bertuah lagi berbudi,
     Itulah nama orang kaya.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Selangkas betik berbuah.

Bermaksud :

Waktu yang singkat.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berbuah lebat / lebat berbuahJawapan yang betul ialah berbuah lebat.Lain-lain20.04.2010
Adakah ayat berikut betul strukturnya: 1. Pokok yang telah berbuah ditanam oleh nenek Mei Li. Apakah penjelasannya sekiranya betul atau salah?Ayat yang lebih gramatis ialah "Pokok yang telah berbuah itu ditanam oleh nenek Mei Li".

Ini dan itu ialah kata ganti nama tunjuk, iaitu perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk.
Tatabahasa11.03.2014
Salam. saja ingin ajukan pertanyaan tentang: adakah unta betina boleh berkolokasi dengan perawan atau dara. apakah perkataan yang sesuai bagi' unta betina yang muda (dara).Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, dara juga bermaksud sudah tiba (cukup) waktunya untuk bertelur (beranak, berbuah, dan sebagainya) seperti ayam dara dan nyiur dara.

Unta dara boleh digunakan bagi menunjukkan unta betina yang muda.
Tatabahasa12.01.2013
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Batu ialah objek yang padu. 2. Beliau seorang pakar mata. 3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi. 4. Penari itu sedang berlatih / melatih tarian baharu. 5. Pengali dalam 3x5 ialah 5. 6. Aktiviti sudah sampai ke penghujung. 7. Ibu menyidai baju pada / di penyidai. 8. Pohon / Pohon-pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. 9. Adik panas radang sejak malam tadi. 10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai. Terima kasih.Ayat yang disenaraikan ini betul, iaitu:
1. Batu ialah objek yang padu.
2. Beliau seorang pakar mata.
3. Kadar pembiakan lalat amat tinggi.
4. Penari itu sedang berlatih tarian baharu.
5. Pengali dalam 3x5 ialah 3.
6. Aktiviti ... sudah sampai ke penghujung.
7. Ibu menyidai baju pada penyidai.
8. Pohon buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat.
9. Adik panas badan sejak malam tadi.
10. Rakyat negara kita hidup secara aman dan damai.
Tatabahasa11.03.2013
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlariUntuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan.Tatabahasa25.02.2013
apakah maksud bagi perkataan 'perpat'? Perkataan ini saya sering jumpa di pantun tanpa memahami maksudnya. Harap DBP dapat membantu saya. Terima kasihEjaan baku perpat ialah perepat. Dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) terdapat dua makna yang terakam, satu bermakna sejenis tumbuhan (lebih dikenali dengan panggilan pedada) dan dua bermakna kawan dalam bahasa Palembang.

perepat1

ڤرڤت n pedada (tumbuhan);
perepat laut pokok bakau yg agak rendah, pucuknya boleh dibuat ulam, bunganya kemerahan dan buahnya bulat leper serta boleh dimakan; berembang; bedat; bedata; perepat merah; Sonneratia caseolaris; buah pokok ini yg bulat leper, berwarna hijau, bertampuk spt bintang dan berekor di hujungnya, semasa mudanya masam dan dijadikan perasa masakan tetapi apb matang rasanya lemak, boleh dimakan mentah, dijadikan sayur atau dijeruk, dan dikatakan boleh menahan pendarahan;
perepat merah perepat laut.


perepatڤرڤت Palembang ark n kawan.


pedada ڤدادا n pokok bakau drp genus Sonneratia yg berdaun agak tebal, berbunga spt jambul merak, berbuah bulat leper yg boleh dimakan, dan kayunya boleh dibuat bahan binaan utk rumah, cerucuk, kapal, jambatan serta bahan bakar; perepat.

Penggunaan kata ini adalah mengikut konteks penggunaannya.
Lain-lain12.03.2022
Buku teks BM Tahun 2 KSSR Semakan terbitan DBP, m/s 125. Hutan Lipur Ulu Bendul sangat indah. Air sungainya jernih dan sejuk. DBP sering menekankan bahawa penggunaannya merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga, iaitu manusia. Akan tetapi, kebanyakan ayat yang digunakan oleh buku teks DBP ini menggunakan nya untuk merujuk benda bukan hidup. Harap ada penjelasan supaya tidak keliru. Terima kasih.Salam sejahtera,

MAKLUM BALAS ISU PERKATAAN –NYA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 2 SK

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa, selain berfungsi sebagai Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga, -nya juga tergolong dalam Kata Pascakata di bawah Kata Tugas. Bentuk

–nya tersebut berfungsi sebagai penekan dan pembenda. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: 295)

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat;

 

  1. Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat. 
  2. Sesungguhnya kenyataan yang diberikan oleh saksi kedua itu benar.

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contoh dalam ayat;

 

  1. Lajunya ialah 100km sejam.
  2. Bukan kepalang sakitnya.
Sekian.
Lain-lain27.09.2021

Kembali ke atas