Seri pagi ialah nama famili yang terdiri daripada
terutamanya tumbuhan memanjat. Anggota
famili ini tumbuh di seluruh kawasan tropika dan
sederhana di dunia. Seri pagi taman adalah
antara tumbuhan yang terkenal dalam famili ini. Yang
lain ialah bindweed, bunga bulan, scammony dan
keledek. Seri pagi tumbuh cepat dan meliliti objek
yang berhampiran. Ia tumbuh menjalar dari tiga
hingga enam meter tingginya. Ia banyak digunakan
untuk menutupi tiang, pagar dan anjung. Seri pagi
taman mempunyai daun hijau tua, berbentuk seperti
hati. Bunganya berbentuk seperti corong dan
mempunyai pelbagai warna dan campuran warna
ungu, biru, merah, samar dan putih. Bunganya yang
harum kembang pada waktu pagi dan kuncup dalam
cahaya matahari pada waktu petang. Bijinya boleh
direndam dalam air semalaman untuk melembutkan
selaput bijinya dan memudahkannya bercambah.
Jenis seri pagi Jepun mempunyai bunga 18
sentimeter diameternya. Bunganya berwarna
bercampur-campur warna samar dan ungu.