Munawiy, Muhammad al- (952 H.–1031 H./
1554 M.–1622 M.), pakar bahasa yang mahir dalam
pelbagai bidang ilmu. Nama penuhnya ialah
Muhammad ibn ‘Abd al-Ra’uf Taj al-‘Arifin. Dia
banyak melakukan kajian dan penulisan sehingga
jatuh sakit dan tidak berdaya. Anaknya, Taj al-Din
Muhammad menyambung tugasnya dengan
menulis hasil karyanya. Al-Munawiy menetap di
Kaherah dan meninggal dunia di sana. Dia berjaya
menghasilkan kira-kira 80 buah buku. Antaranya
ialah Kunuz al-Haqa’iq, Fayd al-Qadir, Sharh al-Jami‘
al-Saghir, Mukhtasar al-Taysir, Sharh Shama’il al-
Tarmidhiy, Sirah ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz, Sharh
Alfiyyah al-‘Iraqiy, Sharh al-Qamus al-Muhit dan
lain-lain lagi.