Semut api adalah mana-mana satu daripada
beberapa spesies semut yang menyebabkan
sengatan yang pedih dan menyakitkan. Lima
spesies semut api terdapat di tenggara Amerika
Syarikat. Satu daripadanya, semut api merah yang
diimport, adalah semut perosak yang utama.
Semut api merah yang diimport membuat busut
besar setinggi 0.6 meter. Busut ini terlalu keras
hinggakan ia boleh merosakkan jentera ladang.
Beratus-ratus ribu semut api mungkin mendiami
satu busut. Jika manusia atau haiwan mengganggu
aktiviti dalam busut, semut api berduyun-duyun
keluar menyerang penceroboh. Gigitan semut api
merah yang diimport meninggalkan benjol kecil,
bernanah, gatal, yang mudah berjangkit. Sesetengah
orang mengalami reaksi yang teruk akibat bisa
semut api – dan jarang sekali membawa maut.