Teteluk ialah kumpulan air masin yang besar
yang sebahagiannya dikelilingi oleh daratan.
Teteluk terbuka ke lautan, dan ia mempunyai
banyak ciri yang sama dengan lautan. Misalnya,
banyak teteluk adalah sedalam lautan. Oleh sebab
persamaan ini, teteluk seperti Teluk Bothnia dan
Teluk Mexico sering dikenali sebagai laut pinggir.
Teteluk dibentuk oleh pergerakan kerak bumi di
sepanjang sempadan benua. Dalam sesetengah
kes, kerak bumi yang mendap menyebabkan
sesuatu kawasan tenggelam ke bawah aras laut.
Dalam kes lain, gelinciran berlaku – iaitu, kerak
bumi retak dan daratan di sebelah retakan yang
menghala ke laut berganjak ke bawah. Dalam
kedua-dua kes ini, air laut membanjiri kawasan
yang tenggelam.