finesse fishing | pancing teliti | Perikanan | Tiada | Kaedah memancing dengan memasang lampu pada tali pancing semasa berada di kawasan perairan yang bergelora. Lampu yang dipasang akan menarik perhatian ikan walaupun aktiviti memancing dilakukan di kawasan air yang bergelora. |
swash | damparan | Sains Marin | Tiada | Lapisan air bergelora yang menyerbu ke pantai dan menghempaskan puing-puing batu-batan ke daratan. Tindakan pantas air ini dapat menggerakkan bahan pantai ke atas dan ke bawah pantai yang mengakibatkan pertukaran sedimen silang-pantai. Damparan biasanya berlaku di pantai yang rata. Pergerakannya memainkan peranan utama dalam pembentukan ciri-ciri morfologi dan perubahan pantai. |
systolic murmur | desis sistol | Veterinar | Praklinikal | Bunyi yang dihasilkan oleh aliran darah yang bergelora semasa fasa pengecutan ventrikel. Desis sistol menunjukkan terdapat keabnormalan pada injap jantung seperti dalam stenosis aorta dan regurgitasi mitrium. Bunyi ini dapat dikesan melalui auskultasi jantung. |
reshabar | reshabar | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Nama yang membawa erti `angin hitam' bagi sejenis angin bora timur laut yang kencang, sangat bergelora dan kering, yang bertiup di banjaran gunung di utara Iraq. Angin ini kering dan agak panas pada musim panas, dan sejuk pada musim sejuk. |
Bhakti poetry | puisi Bhakti | Kesusasteraan | Tiada | Puisi India yang bermula semasa pergerakan Zaman Bhakti dari abad ke-14 hingga 17. Puisi Bhakti muncul sebagai reaksi terhadap keadaan politik, sosial, dan keagamaan yang bergelora pada zaman sebelumnya. Zaman Bhakti telah menyaksikan kelahiran beberapa penyair suci yang menghasilkan puisi yang bersifat introspektif. Puisi mereka mengagungkan kesolehan, pengabdian, dan bermutu tinggi sehingga zaman ini digelar sebagai Zaman Keemasan sastera Hindi. Puisi ini memberatkan penolakan radikal terhadap penentuan kasta dan kekangan agama Hindu yang memudaratkan manusia. Antara penyair Bhakti yang terkenal ialah Meerabai, Surdas, Tulsidas, Chaitanya Mahaprabhu, Jayadeva, dan Guru Nanak. Penyair yang dianggap suci ini mengetepikan bahasa Sanskrit dan mengarang dalam bahasa tempatan. Puisi mereka mengandungi rangkap yang mudah diulangi dan dilagukan. Puisi ini lebih menekankan perhubungan manusia dengan Tuhan berasaskan kesolehan, pengabdian, dan cinta yang tidak mementingkan diri, kerendahan hati dan kebaktian kepada orang lain. Bhakti berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud �amal soleh dan pengabdian�. |
dangerous semicircle | semibulatan bahaya | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kawasan siklon tropika yang terletak di sebelah kanan arah pergerakannya di Hemisfera Utara (sebelah kiri jika di Hemisfera Selatan). Di kawasan ini, angin kencang dan laut bergelora, kapar yang berlayar biasanya akan cenderung masuk ke laluan siklon tropika, dan sekiranya ribut tropika membalik ke belakang pusatnya selalunya merentas haluan sesebuah kapal. Bandingkan semibulatan aman. |
agitated film evaporator | penyejat saput teraduk | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penyejat saput menurun yang diubahsuai dengan menambahkan satu tiub berjaket yang mengandungi pengaduk. Larutan cair disuapkan ke bahagian atas jaket dan ditaburkan ke dalam satu lapisan saput yang bergelora oleh pengaduk berbilah tegak untuk meningkatkan kadar pemindahan haba. Penyejat ini sesuai untuk menghasilkan cecair likat dengan kelikatan sehingga 1000 poise pada suhu penyejatan. Larutan pekat dikeluarkan di bahagian bawah jaket dan wap disalurkan ke dalam ruang pengasing. Penyejat jenis ini digunakan untuk memekatkan gelatin, getah, antibiotik, dan jus buah-buahan. Penyejat ini berekonomi tinggi kecuali kos penyenggaraannya tinggi. |
plain style | gaya lugas | Kesusasteraan | Puisi | Cara penciptaan yang sederhana, dalam mengungkapkan pemikiran. Contohnya, dalam Pengantin Laut rangkap pertama puisi "Musim Bah" karya J.M. Aziz di bawah. Sinonim gaya bersahaja. Tahun menjelang musim berubah kelam langit mengandungi hujan angin dan ombak bergelora lautan maka berlakulah bah. |
sea disturbance | gangguan laut | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Keadaan laut bergelombang yang dilaporkan mengikut skala ketinggian gelombangnya dari 0 hingga 9. Setiap nombor memberikan erti dan ketinggi gelombang seperti yang berikut: 0 = bak kaca (0m) 1 = riak (0 - 0.1m) 2 = tenang (0.1 - 0.5m) 3 = kecil (0.5 - 1.25m) 4 = sederhana (1.25 - 2.5m) 5 = bergelora (2.5 - 4m) 6 = sangat bergelora (4 - 6m) 7 = tinggi (6 - 9m) 8 = sangat tinggi (9 - 14m) 9 = luar biasa tinggi (lebih daripada 14m) |