mohon penjelasan lanjut utk bahagian ini : Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). - Terima kasih - | Dalam contoh yang dinyatakan, Ayah menaikkan tangga... , "tangga" sebagai objek yang bergerak iaitu menjadikan tangga itu naik. Manakala Ayah menaiki tangga..., "tangga" sebagai objek tidak bergerak tetapi ayah yang bergerak. Konsep bergerak ialah berubah tempat sama ada yang berbentuk konkrit atau abstrak. Contohnya, Saya melontarkan batu ke arah lembu itu. Dalam ayat tersebut, objek iaitu batu bergerak dari tempat pelaku menuju ke arah lembu. Contoh lain, "Saya telah menasihatkan perkara itu kepada mereka". Dalam ayat di atas, perkara yang menjadi bahan nasihat bergerak daripada minda guru ke minda murid. "Perkara" ialah objek yang tidak bernyawa dan bergerak secara abstrak. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk memahami dengan lebih lanjut. | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Bagaimana membezakan penggunaan apitan men..., men...i dan men...kan dalam ayat. Terdapat buku yang menerangkan penggunaannya berdasarkan status objek iaitu sama ada objek itu bergerak atau tidak bergerak dan objek bernyawa atau tidak bernyawa. | Apitan meN...i diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 207. | Tatabahasa | 06.04.2009 |
Salam Sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. eskalator = tangga bergerak utk. membawa orang naik atau turun antara tingkat bangunan. 2. travelator = laluan pejalan kaki yang bergerak mendatar Soalan ; Di sesetengah pasar raya, ada kemudahan laluan untuk pelanggan bergerak naik atau turun antara tingkat yang tidak bertangga supaya boleh diletakkan troli. Sekiranya eskalator, tidak bertangga. Sekiranya travelator, tidak bergerak secara mendatar kerana naik atau turun antara tingkat. Apakah istilah yang sesuai ? Terima kasih | Kami mencadangkan istilah "travelator" digunakan bagi maksud tersebut kerana konsep tidak bertangga dan laluan pejalan kaki. | Istilah | 12.11.2013 |
UDARA YANG BERGERAK | Khidmat Nasihat Bahasa tidak menyediakan sebarang perkhidmatan yang berkaitan dengan peraduan teka silangkata atau kuiz. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan jawapan yang tersebut. | Lain-lain | 27.04.2010 |
Manakah struktur ayat yang betul? a) Bas A mengambil 3 jam untuk bergerak sejauh 240 km. b) Bas A mengambil masa selama 3 jam untuk bergerak sejauh 240 km. dan a) Antara yang berikut, yang manakah benar .... ... ? b) Antara berikut, yang manakah benar.... ...? Terima kasih. | Ayat yang betul: b) Bas A mengambil masa selama 3 jam untuk bergerak sejauh 240 km. a) Antara yang berikut, yang manakah benar .... ... ? | Tatabahasa | 25.04.2011 |
Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya A sejak belakang ini bergerak sangat laju B belakangan ini bergerak amat cepat C sejak belakangan ini berjalan dengan pantas D belakangan ini berjalan sangat cepat munsyi, apakah jawaban yang paling sesuai dalam ayat ini? TK | Merujuk Kamus Dewan, ayat "Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya" digunakan kerana berjalan juga boleh merujuk perkembangan sesuatu peristiwa. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
Pergolakan di Indonesia belakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah untuk mengikutinya A sejak belakang ini bergerak sangat laju B belakangan ini bergerak amat cepat C sejak belakangan ini berjalan dengan pantas D belakangan ini berjalan sangat cepat munsyi, apakah jawaban yang sesuai. TQ Ada di antara mereka yang inginkan kekayaan dengan cara cepat, mudah terpedaya oleh tipu helahnya. munsyi, adakah inginkan betul dalam ayat ini? TQ | 1. Jawapan yang betul ialah: D belakangan ini berjalan sangat cepat 2. Perkataan "inginkan" adalah salah dalam ayat yang diberikan. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan wujud dalam dua jenis ayat sahaja, iaitu; i. dalam ayat pasif bagi kata ganti diri nama orang pertama dan orang kedua, contohnya: Rencana-rencana itu saya bukukan. Rumah itu kami dirikan bersama-sama. ii. dalam ayat suruhan, contohnya: Tolong padamkan lampu itu. Harap matikan enjin kereta anda.
| Tatabahasa | 25.03.2012 |
Saya dalam urusan memohon kelulusan papantanda iklan syarikat (Qaseh Nursing Care Sdn Bhd.) di Melaka menerusi Majlis erbandaran Hang Tuah Jaya. Syarikat ini menjalankan kegiatan memberi khidmat kejururawatan dan ahli fisioterapi bergerak ke rumah-rumah (mobile nursing). Tajuk papantanda saya "JURURAWAT DAN FISIOTERAPI BERGERAK" telah ditolak oleh DBP. Minta diubah kepada "PERKHIDMATAN JAGAAN DI RUMAH".1) Mengapa DBP menolak perkataan JURURAWAT BERGERAK kerana dia adalah terjemahan daripada MOBILE NURSING.2) PERKATAAN JURURAWAT adalah perkataan Bahasa Malaysia yang ada dalam kamus DBP 3) "Nature of Busines" kami sememangnya bertepatan kerana pekerja kami adalah jururawat bertauliah yang memberi kidmat kejururawatn bukan sekadar jagaan. 4) Perkataan JAGAAN yang disyorkan boleh memberi tafsiran yang tersasar dari maksud sebenar merawat kerana JAGAAN DI RUMAH juga memberi konotasi jagaan keselamatan (Jaga/guard) 5) Konsep Home Nursing atau Mobile Nursing memang agak baru di negara kita dan terjemahan tidak diragukan kepada istilah tersebut dalam bahasa kita ialah "Jururawat di rumah" atau "Jururawat Bergerak" mengapa saya dilarang menggunakan perkataaan JURURAWAT dalam papantanda perniagaan dimaksudkan. Sekian dan salam hormat. | Untuk makluman, istilah "Home Nursing" telah dibincangkan dalam Sidang Pakar Ke-20 Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) pada tahun 2006. Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan istilah "Jagaan di Rumah" untuk istilah "Home Nursing". | Istilah | 20.07.2011 |
Bolehkah perkataan 'terhuyung hayang' digunakan untuk kapal atau perahu yang menunjuk bergerak ke kanan dan ke kiri setelah dipukul ombak? | Terhuyung-hayang biasanya digunakan untuk orang. Istilah yang tepat untuk merujuk perahu yang bergerak ke kiri dan ke kanan ialah beroleng-oleng. | Istilah | 19.04.2009 |
salam, saya bertanya berkenaa tanda slash (/). Dalam ayat bahasa melayu, perlukan ada space selepas tanda slash ini? cthnya: ....bergerak dan seumpamanya yang dibeli/sewa/pajak/pinjam atau yang diterima ... ATAU ....bergerak dan seumpamanya yang dibeli/ sewa/ pajak/ pinjam atau yang diterima ... Sekian, terima kasih | Dalam penerbitan, selepas tanda / , tiada jarak dan dieja rapat seperti "dibeli/sewa/pajak/pinjam". | Tatabahasa | 22.10.2013 |