Tercencang puar, bergerak andilau. | Jika orang dihinakan atau mendapat bencana, keluarga atau kaumnya akan merasa tersinggung atau merasa gusar juga. andilau = sama dengan puar tetapi lebih besar. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti lipas kudung. | Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Dientak (hentak) tak masuk, diumpil tak bergerak. | Sangat degil. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Bagai balak terendam. | Orang gemuk yang malas bergerak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Si jimbam hendak hilir. | Sangat lambat (bekerja, bergerak dan sebagainya). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti orang mati: jika tiada orang mengangkat, bilakah bergerak. | Orang yang sangat daif, segala sesuatu mengharapkan pertolongan orang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Seperti ular dikutik ekor. | Marah yang amat sangat; bergerak cepat. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pasangan jerat sembilan mata, pelanduk terjerat terkial-kial, mata satu (pisau) penyudahnya. | Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |