MAHLER, GUSTAV | Mahler, Gustav (1860–1911) ialah penggubah zaman romantik kelahiran Bohemia. Dia berhasil menyiapkan sembilan buah simfoni tetapi meninggal dunia sebelum sempat menyiapkan yang kesepuluh. Dia juga menggubah banyak lagu yang diiringi oleh persembahan orkestra. | UMUM | |
SHARP, GRANVILLE | Sharp, Granville (1735–1813) ialah pemimpin gerakan menentang perhambaan di Britain. Pada tahun 1772, usahanya berhasil apabila undang-undang memutuskan bahawa hamba yang memasuki wilayah British adalah bebas secara automatik. Cadangan Granville Sharp supaya tanah jajahan membebaskan hamba dikuatkuasakan di Sierra Leone pada tahun 1787. Sharp menjalankan kempen menentang kumpulan yang menindas dan membantu menubuhkan Persatuan Bible British dan Asing (British and Foreign Bible Society) pada tahun 1804. Granville Sharp lahir di Durham, England. | UMUM | |
SYAIR KUPU-KUPU | SYAIR KUPU-KUPU, puisi Melayu tradisional. Syair ini ialah syair kiasan atau sindiran yang menyindir peristiwa tertentu. Ada beberapa buah syair yang diberi judul Syair Kupu-kupu. Syair Kupu-kupu (Schoemann V 40) yang tersimpan di perpustakaan di Berlin mengisahkan cinta kupu-kupu pada biring-biring/berang-berang. Setelah gagal beberapa kali, akhirnya dia berhasil mendapat kekasihnya. Isi syair ini sama dengan Syair Berang-Berang (MS Malay 2 (R) ) yang disimpan di Bodleain Library, Oxford. | SASTERA | Konsep |
CANDI KALASAN | CANDI KALASAN, bangunan agama Buddha. Candi ini terletak sekitar 14 km di sebelah timur Yogyakarta, Indonesia. Candi ini berupa sebuah bangunan tinggi yang diperbuat daripada batu, yang atap dan sebahagian biliknya telah rosak. Pemugaran yang dilakukan dari tahun 1927 hingga tahun 1929 tidak berhasil mengembalikannya kepada bentuk asal. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
PERADUAN MENGARANG NOVEL | PERADUAN MENGARANG NOVEL, peraduan menulis genre novel. Peraduan ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk, mencungkil dan mempergiatkan lagi pengarang novel yang berbakat, terutama pengarang yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Ia juga untuk meningkatkan nilai penciptaan, mempelbagaikan tema dan persoalan yang berhubungan dengan kemasyarakatan dan kemanusiaan pada sesuatu konteks zaman. Penganjur juga berharap agar peraduan ini akan berhasil memperbanyakkan novel dalam khazanah kesusasteraan Melayu moden. | SASTERA | Konsep |
BALADA ORANG-ORANG TERCINTA | BALADA ORANG-ORANG TERCINTA, kumpulan puisi berbentuk balada karya W.S. Rendra yang terbit pertama kali pada tahun 1956. Antara semua kumpulan puisi Rendra yang ada, kumpulan puisi ini penting kerana: (i) merupakan kumpulan puisi pertama Rendra sehingga dapat digunakan sebagai titik tolak bagi pemahaman sejarah kepenyairan penyair yang bersangkutan, (ii) merupakan kumpulan puisi yang berhasil mendapatkan Hadiah Sastera Nasional Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional (BMKN), dan (iii) sebagai kumpulan puisi pertama dalam sejarah perpuisian Indonesia yang didominasi oleh bentuk balada. | SASTERA | Penerbitan |
SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU | SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU, syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta. | SASTERA | Konsep |
PERISTILAHAN BAHASA MELAYU | PERISTILAHAN BAHASA MELAYU, proses penggubalan kata-kata khusus untuk bidang ilmu yang tertentu. Peristilahan menjadi salah satu aspek penting dalam pembinaan bahasa Melayu. Istilah dan perkataan baharu dicipta untuk memperkaya kosa kata bahasa Melayu. Penggubalan istilah dan perkataan baharu dengan banyaknya ini telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada perkembangan bahasa Melayu. Daripada bahasa yang dianggap serba kekurangan, bahasa Melayu kini telah berhasil menjadi bahasa pengantar dalam bidang pendidikan, baik pada peringkat rendah mahupun pada peringkat pengajian tinggi. | BAHASA | Konsep |
YAHAYA ISMAIL | YAHAYA ISMAIL (1940- ), penulis dan pengkritik sastera dan politik. Dia lahir pada 30 April 1940 di Simpang Lima, Parit Buntar, Perak. Nama sebenarnya ialah Yahaya @ Mustapha bin Ismail. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tanah Kebun, Parit Buntar, pendidikan menengah di Sekolah Inggeris Methodist, Parit Buntar dan Sekolah Laki-laki Methodist, Pulau Pinang. Setelah tamat Tingkatan Lima, dia mengikut latihan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Fakultas Sastera, Universitas Indonesia, Jakarta dan berhasil memperoleh Sarjana Sastera dalam bidang Pengajian Sastera Indonesia (1968-1970). Dia kemudiannya meneruskan pengajiannya ke Universiti Monash, Melbourne, Australia dan memperoleh ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1973. | SASTERA | Tokoh |
DHARMAWIJAYA | DHARMAWIJAYA (1937- ), penyair dan pengkaji kesusasteraan Melayu. Dia lahir pada 23 Jun 1937 di Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Kamaruzzaman A. Kadir dan dia pernah memakai nama pena K. Zaman. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan hingga tamat Darjah Tujuh (1952). Setelah itu, dia mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim, Perak (1954-1956). Pada tahun 1960-an, dia mengikuti latihan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur. Di samping bekerja, dia belajar secara persendirian hingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia dan beberapa tahun kemudian dia lulus Sijil Tinggi Persekolahan. Pada tahun 1973, dia melanjutkan pengajiannya di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya hingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (1976). Semasa bertugas di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, dia melanjutkan pengajiannya pada peringkat sarjana dan berhasil memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (1981). | SASTERA | Tokoh |