Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hé.mah] | برهيمه

Definisi : = ~ tinggi mempunyai budi pe­kerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hé.mah] | برهيمه

Definisi : berbudi pekerti (yg mulia): Orang itu ~ dan disegani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hemah (kata nama)
Bersinonim dengan budi pekerti, kesopanan, kesantunan, sopan-santun, adab, ketertiban;,
Kata Terbitan : berhemah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
please advise the meaning of meaning of ' berhemah'. tks.ramu

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan hemah bermaksud  budi pekerti: dia seorang pemuda yg cukup baik, tinggi ~nya dan bersih tutur katanya; ~ yg tinggi budi pekerti yg mulia; berhemah" title="berhemah">berhemah = ~ tinggi mempunyai budi pekerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi.

Oleh yang demikian perkataan berhemah dalam bahasa Inggeris bermaksud having good manners. 

Makna24.08.2009
Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Adakah betul penggunaan kata berhemah dalam ayat ini. Terima kasih.Perkataan berhemah tidak sesuai untuk ayat contoh yang diberikan (Kita dapat mengisi masa lapang dengan berhemah. Maksud hemah ialah budi pekerti yang mulia.  Perkataan yang sesuai untuk ayat yang diberikan ialah; Kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.Lain-lain19.03.2017
Amalan/Nilai berhemah tinggi/hemah tinggi harus kita amalkan. Dlm ayat tersebut, frasa berhemah tinggi betul atau hemah tinggi betul?Frasa yang betul untuk ayat yang dikemukakan ialah berhemah tinggi.Tatabahasa01.01.2015
Yang manakah yang betul? 1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan. 2 Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji. 3 Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. Terima kasih.

Ayat yang betul dari segi tatabahasa  bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

1 Undang-undang itu sudah kami kuat kuasakan/ kuatkuasakan

(Seharusnya: Undang-undang itu telah pun dikuatkuasakan dari pukul 8.00  pagi hingga.....)

2.Pemandu kereta yang berhemah/berhemat itu patut dipuji.

(Seharusnya: Pemandu kereta yang berhemah itu patut dipuji.)

3.Pengguna yang berhemah/berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya. 

Seharusnya: Pengguna yang berhemat itu berbelanja mengikut keperluannya.)

Tatabahasa25.02.2009
a. saya keliru dengan penggunaan perkataan "berhemah" dengan "berhemat". 1. Apa beza antara kedua-duanya. 2. Boleh beri contoh ayat yang sesuai ? b. ada khabar angin mengatakan kamus dewan edisi 4 tidak "valid". Betulkah ?

Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata berhemah membawa maksud seseorang yang  mempunyai budi pekerti yang mulia: Contoh ayat; dia jujur dan berhemah tinggi.

Manakala kata berhemat menggambarkan sikap seseorang yang berjimat cermat dalam perbelanjaan atau penyimpanan wangnya. 1. berjimat, bercermat: sebab itu dia hendak ~ menyimpan wang; 2. berhati-hati, teliti: amatlah mustahaknya pengarang itu ~ kerana sekiranya perkataannya itu didapati palsu maka hukuman terhadapnya menjadi berat; ingat sebelum kena, ~ sebelum habis prb perlu berikhtiar dgn sungguh-sungguh supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

Berkaitan dengan khabar angin yang mengatakan Kamus Dewan Edisi keempat tidak sah (valid) kurang tepat. Hal ini demikian, kerana  Kamus Dewan ini menjadi rujukan umum pengguna bahasa dan mendapat permintaan yang sungguh menggalakkan daripada pengguna bahasa. Untuk makluman pihak tuan, Kamus Dewan juga  diterbitkan dalam bentuk digital (cakera padat), iaitu Kamus Dewan Eja Pro. Walau bagaimanapun, kami merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan tuan terhadap Kamus Dewan Edisi Keempat ini. DBP sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan, maklum balas, dan komen daripada pengguna terhadap produk DBP untuk tindakan penambahbaikan. 

Tatabahasa11.06.2009
Bagaimana Kelab Sukan memastikan duit yang diperoleh dibelanjakan dengan berhemah? Tolong betulkan. Terima kasihAyat yang lebih sesuai:

Bagaimana Kelab Sukan dapat memastikan duit dibelanjakan dengan berhemah?
Lain-lain18.05.2017
Tuan/Puan, Pertanyaan tentang penggunaan perkataan 1)Sakinah 2 ) berhemat/berhemah 3) menaiktarafkan/ menaikkan taraf / menaik taraf Sekian terima kasih.Sakinah (sakinat) ialah kata Arab yang bermaksud aman, damai, atau tempat yang aman dan damai. Berhemat bermaksud berjimat, berhati-hati, teliti. Berhemah bermaksud mempunyai budi pekerti yang mulia. Ketiga-tiga bentuk ejaan - menaiktarafkan, menaikkan taraf dan menaik taraf adalah betul dan boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. Begitu juga dengan perkataan sakinat, berhemat/berhemah boleh digunakan dalam konteks yang sesuai dengan makna perkataan tersebut.Makna18.01.2010
JKJR akan mengadakan kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina. Tema yang ingin digunakan "Berhemah Dalam Perjalanan, Selamat Ke Destinasi". Soalannya betul atau salah dari segi tatabahasanya. Soalan kedua, JKJR akan mencetak risalah keselamatan jalan raya untuk diedarkan kepada pengguna jalan raya. Boleh atau tidak risalah tersebut dicetak secara dwibahasa. (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)Pada pandangan kami, perkataan "Berhemah" tidak sesuai dalam konteks ini. Perkataan yang lebih sesuai ialah Berhati-hati . perkataan "Berhemah" lebih sesuai digunakan dalam konteks memandu, contohnya Berhemah Semasa Memandu. Oleh itu, tema yang dicadangkan ialah Berhati-hati dalam Perjalanan, Selamat ke Destinasi atau BERHATI-HATI DALAM PERJALANAN, SELAMAT KE DESTINASI. Sekiranya tidak menggunakan huruf besar untuk keseluruhan tema tersebut, perkataan "dalam" dan "ke" perlu ditulis dengan huruf kecil kerana kedua-dua perkataan ini ialah kata hubung. DBP tiada halangan sekiranya risalah tersebut dibuat dalam dwibahasa. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu hendaklah diutamakan, iaitu bahasa Melayu didahulukan kemudian diikuti oleh bahasa Inggeris.
Tatabahasa29.12.2015
Salam sejahtera, Apakah perkataan Bahasa Inggeris yang sama makna dengan "berhemah"? Terima kasih

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan hemah bermaksud budi pekerti: dia seorang pemuda yg cukup baik, tinggi ~nya dan bersih tutur katanya; ~ yg tinggi budi pekerti yg mulia; berhemah = ~ tinggi mempunyai budi pekerti yg mulia: dia jujur dan ~ tinggi.

 

Oleh yang demikian, perkataan berhemah dalam bahasa Inggeris bermaksud having good manners.
Penyemakan dan penterjemahan13.09.2018
"Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". Soalan saya adalah: 1) adakah ayat di atas merupakan ayat majmuk campuran? 2) Mengapakah ia dikatakan ayat majmuk campuran? Saya ingin menyiapkan tugasan.Terima kasih."Bajet 2010 diharap mampu membentuk rakyat untuk berbelanja secara berhemah dengan mengetatkan peraturan pemilikan kad kredit". - ayat ini ialah ayat majmuk campuran yakni terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 519.Tatabahasa10.11.2010
1234

Kembali ke atas