Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.si]/[ber.i.si] | برايسي

Definisi : 1 ada isinya; tidak kosong; tidak hampa: padi yg tidak ~. 2 banyak dagingnya; gemuk atau gempal: Badannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ri.si]/[ber.i.si] | برايسي

Definisi : 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
masok isi[mA.so/ i.si] peringkat padi mula berisi.Padi tengah masok isi, tak lame lagi burong pipet datang le.[pA.di t«.NAh mA.so/ i.si tA/ lA.m« lA.gi bu.ÄoN pi.pet dA.tAN l«]Pokok padi aku sedang mula berisi, tak lama lagi burung pipit datanglah.
padi layang[pA.di lA.jAN] padi yang tidak berisi.Taon ni nasib kite kurang baek, banyak padi layang.[tA.won ni nA.sib ki.t« ku.ÄAN bAe/ bA.øA/ pA.di lA.jAN]Banyak padi yang tidak mengandungi isi pada tahun ini.
ibu ambai[i.bu Am.bAj] pondok nelayan berpelantar yang tiangnya dipasakkan ke dasar laut digunakan untuk menarik jaring yang berisi ikan.Bile nak siapkan ibu ambai, nanti ujan basah le.[bi.l« nA/ si.jAp.kAn i.bu Am.bAj nAn.ti u.dZAn bA.sAh l«]Bila nak siapkan ibu ambai, nanti hujan habis basah.

Kembali ke atas