Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.si]/[ber.i.si] | برايسي

Definisi : 1 ada isinya; tidak kosong; tidak hampa: padi yg tidak ~. 2 banyak dagingnya; gemuk atau gempal: Badannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ri.si]/[ber.i.si] | برايسي

Definisi : 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Biarlah BerisiNazri MohamadWarta Perdana30.09.2007
Karyanya berisi sindiran halus dan tajamMana SikanaBerita Harian27.02.1975
Diam berisi (Fantasia Romantika)Rio HermawanBacaria21.02.2004
Apabila sudah berisiBadrul Hisham Abdul AzizUtusan Malaysia26.08.1994
Sajak mesti berisiTiadaBorneo Mail13.10.1996
Puisi Khalid semakin berisiKalsum AhmadBacaria01.10.1994
Padi Batat Tidak BerisiRamli DaudMingguan Malaysia01.01.1985
Padi Batat Tidak BerisiRamli DaudMingguan Malaysia01.01.1985
Dana semangat yang berisi (Semakin Dekat)Aminah MokhtarUtusan Malaysia10.10.2004
Raya kali ini biarlah berisiAdibah AminUtusan Melayu12.04.1991
12

Kembali ke atas