Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ri.si]/[ber.i.si] | برايسي

Definisi : 1 ada isinya; tidak kosong; tidak hampa: padi yg tidak ~. 2 banyak dagingnya; gemuk atau gempal: Badannya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ri.si]/[ber.i.si] | برايسي

Definisi : 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Bakul berisi ketam dan siput,
     Mari diletak di hujung sudut;
Yang menanti padang tak berumput,
     Yang datang kurus berkerut.


Lihat selanjutnya...(54)
Peribahasa

Asal berisi tembolok senang hati.

Bermaksud :

Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
berisifleshySifat buah yang banyak isinya. Contohnya, buah mangga. Lihat RajahSekolah Rendah
buahfruitBahagian yang berisi, yang dikeluarkan oleh pokok atau tumbuhan lain. Biasanya buah mengandungi biji benih.Sekolah Rendah
ubituberBatang dalam tanah yang berisi dan mengeluarkan tunas, seperti pada kentang dan keladi.Menengah Rendah
kekabukapokSejenis pokok yang buahnya berisi bahan seperti kapas dan berwarna putih. Buah kekabu yang matang, akan pecah dan memencarkan biji berwarna perang gelap yang diselaputi kekabu. Lihat RajahSekolah Rendah
kokleacochleaLingkaran salur yang berbentuk cangkerang siput yang berisi cecair dalam telinga. Koklea akan menukarkan getaran bunyi kepada impuls saraf dan seterusnya dihantar ke otak.Menengah Rendah
kaleidoskopkaleidoscopeAlat yang berbentuk silinder, yang dipasang dengan beberapa keping cermin dan berisi kaca berwarna-warni. Apabila kaleidoskop diputar, pelbagai corak dapat dilihat melalui kanta mata. Lihat RajahSekolah Rendah
pneumoniapneumoniaRadang paru-paru yang menyebabkan kesukaran bernafas kerana sebahagian daripada paru-paru berisi cecair.Menengah Atas
rangka hidrostatikhydrostatic skeletonStruktur yang terdapat dalam haiwan berbadan lembut yang terdiri daripada rongga berisi bendalir. Contohnya, cacing tanah dan beluncas.Menengah Rendah
tiub Geiger-MullerGeiger-Muller tubeTiub yang terdiri daripada kebuk logam yang berbentuk silinder, berisi gas pada tekanan rendah, pada paksinya terdapat dawai halus yang bertindak sebagai anod. Tiub ini digunakan sebagai pembilang sinaran. Lihat RajahMenengah Atas
rangka hidrostatikhydrostatic skeletonRangka yang terdapat dalam organisma berbadan lembut yang terdiri daripada rongga berisi bendalir.Menengah Atas
12

Kembali ke atas