Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Berjalan kaki menuju ke paya,
     Singgah sekejap menggali cacing;
Wahai tuan saya bertanya,
     Di mana jari menyarung cincin.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Berjalan peliharakan kaki,
     berkata peliharakan lidah.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(37)

446

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inertiasifatekunMekanikGunaanRintangan jasad terhadap perubahan halaju. Sifatekunlah yang menyebabkan kereta yang sedang berjalan akan terus berjalan untuk beberapa ketika jika injak cekamnya ditekan (iaitu roda tidak lagi dipacu oleh enjin), dan yang menyebabkan kipas terus berpusing untuk seketika selepas bekalan kuasa kepada kipas itu dihentikan. Ukuran kuantitatif bagi sifatekun yang berpadanan dengan gerakan bukan sudutan ialah jisim. Sifatekun yang berpadanan dengan gerakan sudut dinamai momen sifatekun. Sinonim inersia. Lihat juga jisim, momen sifatekun, roda tenaga.
horse headkepala kudaKejuruteraanPetroleumPeranti yang berbentuk melengkung yang dipasang di hujung rasuk berjalan unit pengepaman rasuk, iaitu di hujung rasuk berjalan yang terletak di atas kepala telaga. Pada peranti ini tergantung tali kekang atau kabel penggantungan bagi sistem pengepaman rod penyedut tersebut. Rujuk: tali kekang.
saddle bearinggalas pelanaKejuruteraanPetroleumGalas yang terletak di antara rasuk berjalan dengan tiang Sampson pada unit pengepaman bagi sistem pengepaman rod penyedut. Berguna untuk menggalas kedudukan rasuk berjalan pada tiang Sampson.
sleep walkingberjalan semasa tidurPsikologiPsikologi UmumTingkah laku tidak sedar yang dilakukan individu semasa tidur terutamanya di peringkat NREM (tidur bukan gerak cepat). Dalam keadaan ini, mata individu masih terbuka tetapi dalam keadaan bingung dan mengheret kakinya sebagai tanda dia berada dalam keadaan tidur. Individu ini biasanya tidak mempunyai masalah untuk berjalan seperti boleh menuruni tangga dengan baik. Tingkah laku ini dikenali juga sebagai somnambulisme.
walking beamrasuk berjalanKejuruteraanPetroleumSinonim : rasuk Keluli yang merupakan bahagian mendatar pada unit pengepaman rasuk yang berguna bagi mendapatkan gerakan penyilangan dalam mekanisme kerja unit pam rod penyedut. Untuk ini, keluli tersebut akan bergerak ke atas dan ke bawah. Pergerakan ini diperoleh daripada pergerakan perputaran engkol yang dihubungkan ke rasuk berjalan oleh lengan pitman. Rujuk : unit pengepaman rasuk; lengan pitman.
pitmanpitmanKejuruteraanPetroleumSinonim : lengan Pitman Batang atau lengan yang menghubungkan engkol dengan rasuk berjalan pada unit pengepaman rasuk bagi sistem pengepaman rod penyedut. Lengan ini berguna untuk mengubah gerakan berputar engkol menjadi gerakan ke atas dan ke bawah rasuk berjalan atau sebaliknya.
beam-pumping unitunit pengepaman rasukKejuruteraanPetroleumMesin yang direka khusus untuk sistem pengepaman rod penyedut yang menggunakan rasuk berjalan mendatar dalam mekanisme operasinya bagi mendapatkan gerakan penyilangan yang diperlukan untuk menggerakkan unit pam rod penyedut. Merupakan salah satu peralatan permukaan bagi sistem pengepaman rod penyedut. Rujuk : rasuk berjalan.
travellingberjalan (Bola Keranjang)SukanTiadaTiada
chromosome walkberjalan atas kromosomBiologiGenetikKaedah pengekodan gen dengan menggunakan satu jujukan DNA yang telah diklon sebagai prob. Kaeadah ini digunakan untuk mencari jujukan klon genom yang bertindih hingga ke jujukan DNA yang dikehendaki.
chromosome walkberjalan atas kromosomKimiaTiadaKaedah pengekodan gen dengan menggunakan satu jujukan DNA yang telah diklon sebagai prob. Kaeadah ini digunakan untuk mencari jujukan klon genom yang bertindih hingga ke jujukan DNA yang dikehendaki.
12345678910...

Kembali ke atas