Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Puisi
 

Berjalan kaki menuju ke paya,
     Singgah sekejap menggali cacing;
Wahai tuan saya bertanya,
     Di mana jari menyarung cincin.


Lihat selanjutnya...(66)
Peribahasa

Berjalan peliharakan kaki,
     berkata peliharakan lidah.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(37)

446

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau.Sesuatu usaha hendaklah dikerjakan sampai selesai. (Biasa juga: Bertenun sampai ke bunjainya).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah.Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjalan jauh banyak dilihat.Banyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjalan dari pintu belakang.Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.Banyak pengalaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai.Segala pekerjaan, baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak dapat berjalan tegak, mengingsut-ingsut (engsot-engsot) sampai juga.Jika tidak dapat mengerjakan sesuatu pekerjaan besar sekali gus maka kerjakanlah dengan perlahan-lahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidur diperkalang, berjalan dipertongkat.Ilmu yang tidak lupa diamalkan siang dan malam.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tempang gajah berjalan, dek sepuntung duri di tapak kakinya.Bencana kecil yang didiamkan dapat menyebabkan kesusahan yang besar.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan.Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas