Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berjaya%3B


Pantun

PantunSumberTema
Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Berapa tinggi Bukit Malingan, Sama bertimbang Bukit Berjaya; Kalau sudah musimnya hujan, Tidak keras bukit di paya.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Orang kaya naik pedati, Ketawa jangan tidak berhenti; Saya berjaya masuk universiti, Awak tinggal cekalkan hati.Pantun Melayu SarawakNasihat
Jalan Haji Taha, Jual buah sekaya; Ada daya usaha, Pasti akan berjaya.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Membeli baju hari raya, Pergi menziarah sanak saudara; Rajin dan usaha pasti berjaya, Taburkan jasa kepada Negara.Pantun Melayu SarawakNasihat
Berbaju kurung fesyen terkemuka, Tambah cantik tambah bergaya; Jangan murung jangan berduka, Usaha ikhlas pasti berjaya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau berjaj hendaklah hemat, Supaya dagangan tetap berlaba; Kalau bekerja hendaklah cermat, Supaya pekerjaan tetap berjaya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Pergi mengail berkawan-kawan, Jaga tertib di jalan raya; Hasrat ingin mencapai awan, Tabah cekal pasti berjaya.Pantun Melayu SarawakNasihat

Kembali ke atas