Sakharov, Andrei Dmitriyevich (1921–1989)
ialah ahli fizik Soviet yang menjadi terkemuka
kerana penyelidikannya tentang tindak balas
termonuklear terkawal. Usahanya membantu ahli
sains Soviet mencipta bom hidrogen pada awal
tahun 1950-an. Tetapi, Sakharov menjadi terkenal
kerana usahanya mempromosi hak asasi manusia
dan keamanan dunia. Dia dianugerahi Hadiah
Nobel tahun 1975 kerana usaha ini. Mulai akhir
tahun 1960-an, Sakharov dan isterinya Yelena
Bonner, berkali-kali mengkritik kerajaan Soviet
dengan menuduhnya tidak memberikan hak asasi
manusia kepada warganegara Soviet. Pada tahun
1980, Sakharov ditangkap oleh pihak berkuasa
Soviet dan dibuang negeri ke Gorki (kini Nizhniy
Novgorod), iaitu bandar yang tertutup kepada
orang asing. Pada tahun 1986, dia dibebaskan dan
dibenarkan pulang ke Moscow. Pada tahun 1989,
Sakharov dipilih menjadi ahli dewan
perundangan Soviet yang baru dibentuk yang
dinamakan Kongres Wakil Rakyat.