Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ke.ru.mun] | برکرومون

Definisi : berkumpul atau ber­himpun beramai-ramai atau banyak-banyak (berhampiran atau di sekeliling seseorang atau sesuatu), berkerubung: anak-anak muda datang ~ spt semut mendatangi gula; lalat yg ~ di tempat yg kotor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ke.ru.mun] | برکرومون

Definisi : berkumpul beramai-ramai di keliling sesuatu: Orang ramai ~ melihat kemalangan yg ngeri itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kerumun (kata kerja)
Bersinonim dengan kelimun, kerumut;,
Kata Terbitan : berkerumun, mengerumuni,

Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bagai keluang bebar petang.Ramai-ramai berkerumun; suka hidup beramai-ramai. bebar = terbang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menggeriak bagai anak nangui.Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas