Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
long-tailed COVID-19COVID-19 berlarutanKesihatan AwamTiadaPelbagai gejala yang boleh dihidapi beberapa minggu atau bulan setelah dijangkiti COVID-19 seperti sakit kepala, sesak nafas, sakit otot dan cirit-birit. Simptom COVID-19 berpanjangan boleh berlaku kepada individu yang pernah menghidapi COVID-19, walaupun gejalanya ringan, atau mereka yang tidak mempunyai sebarang gejala.
chronic diseasepenyakit kronikPerikananAkuakulturPenyakit pada ikan yang berlarutan dan sukar sembuh. Penyakit kronik boleh menunjukkan tanda-tanda klinikal atau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda klinikal.
acute loadingpembebanan akutSains SukanBiomekanikAplikasi daya tunggal yang berupaya mengakibatkan kecederaan tisu. Contohnya, set latihan yang terlalu banyak dan berlarutan dalam jangka panjang boleh menyebabkan kecederaan kepada individu, seterusnya membawa kepada penurunan prestasi.
flame propagationperambatan nyalaKejuruteraan AutomotifEnjinPengembangan bahagian hadapan campuran udara-bahan api yang sedang terbakar. Semasa pembakaran, sebatian hidrokarbon dalam bahan api bertindak balas dengan oksigen dari udara pengambilan dan seterusnya membebaskan tenaga. Proses ini berlarutan sehingga pembakaran selesai dan menghasilkan lejang kuasa. Sinonim perambatan depan nyala.
abdication crisiskrisis turun takhtaSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan sesebuah pemerintahan monarki yang mengalami krisis perebutan takhta antara dua atau lebih putera/puteri raja terhadap jawatan raja atau permaisuri yang dilepaskan. Krisis ini boleh membawa kepada ketidakstabilan politik yang akan mencetuskan konflik istana yang berlarutan. Contohnya, krisis antara Raja Hussein dengan Putera Abdullah yang merebut takhta kerajaan Jordan peninggalan ayahanda mereka.
angel dustangel dustKimiaForensikNama lain, fensiklidina, PCP. Ubatyang sangat berbahaya dengan pola kesan yang unik. Pada dos yang rendah, kesannya menyerupai kesan alkohol. Pada dos yang lebih tinggi, kesannya bermula dengan halusinasi diikuti dengan kelakuan yang mungkin menjadi garang dan mencederakan diri sendiri. Ubat ini juga mengakibatkan kesan psikosis yang berlarutan berminggu-minggu lamanya. Ubat ini kini menjadi salah satu dadah jalanan yang paling lazim di temui. Dos maut adalah lebih kurang I mg/kg bagi orang dewasa. Kesan fizikalnya termasuk kekejangan, koma, dan mati akibat jantung terhenti. Sinonim fensiklidina.
posttraumatic stress disorder (PSTD)kecelaruan stres postraumatik (PSTD)PsikologiTiadaReaksi tekanan atau gangguan psikologi tertangguh yang muncul beberapa bulan atau tahun selepas sesuatu kejadian buruk sehingga mengganggu kesejahteraan individu tersebut. Contohnya, individu yang pernah mengalami kejadian traumatik seperti peperangan, rogol, keganasan atau penyeksaan akan mengalami semula tekanan selepas beberapa bulan atau tahun. Malah, bagi sesetengah negara maju didapati seorang daripada 12 orang dewasa akan mengalami PSTD sekali dalam seumur hidupnya yang boleh berlarutan sehingga 10 tahun.

Kembali ke atas